Tukang rumah yang memukul isteri menggunakan tukul besi hinga maut, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun, Terengganu, hari ini, atas dakwaan membunuh dalam kejadian awal bulan ini. Tertuduh, Mohd Amir Hamzah, 32, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dihadapan Majistret Noradila Ab Latif, disampaikan wartawan Sinar Harian Zaitie Satibi.