Seorang banduan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini, atas tuduhan membunuh seorang banduan lain, bulan lalu. Tertuduh, Mohd Fahrur Radzi Chahat, 34, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin, disampaikan wartawan Sinar Harian Zaitie Satibi.