Seorang pemilik syarikat pengurusan acara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor bahru, Johor, hari ini, atas pertuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap kumpulan muzik terkenal Indonesia, Radja. Tertuduh, C S Muremthiran, 37, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin, disampaikan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.