Seorang wanita warga India didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada Jumaat atas tuduhan membunuh suaminya yang dilakukan bersama rakan sekerja lelaki, dua tahun lalu. Lachhami Devi, 23, dan Varun Kumar, 30, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Muhamad Syafiq Sulaiman, disampaikan wartawan Sinar Harian Syairah Ab Lajis.