Seorang warden pusat pemulihan dadah menangis teresak-esak ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput, Perak pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang juga penghuni pusat itu, minggu lalu. Nur Aslam Faizal, 35, tidak dapat menahan sebak selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan, disampaikan wartawan Sinar Harian Zaitie Satibi.