Bentuk barisan kabinet kerajaan perpaduan menjadi tumpuan rakyat selepas Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat perubahan ke atas saiz kabinet. Justeru, rakyat akan melihat sekali gus dapat menilai terhadap kemampuan Perdana Menteri mentadbir negara dengan saiz kabinet lebih kecil. Namun apakah cabaran yang terpaksa dipikul oleh beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun itu? Ikuti perbincangan dalam Sinar Live, ‘Cabaran kabinet kecil Anwar’ bersama Pengarah Eksekutif Institut Darul Ehsan, Datuk Ismail Yusop, Ahli Parlimen Sekijang, Dr Zaliha Mustafa dan Exco Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughini.
Muzik: www.bensound.com