Sosio-Siasah

Sosio-Siasah

By Ammar RedzaScienceSocial Sciences
Download on the App Store

Sosio-Siasah episodes

  • Episod 13: Keadilan dan Undang-Undang (Satu Metod Analisis)

    Episod kali ini membincangkan tentang perihal perlaksanaan swa-pengasingan dan kuarantin serta penguatkuasaanya. Berdasarkan senario ini, perbincangan di arahkan tentang perihal undang-undang serta keadilan. Dengan menghargai undang-undang sebagai salah satu tunjang ketamadunan, saya menilai tentang konsep "universal law" dan adakah ia boleh diguna pakai. Saya turut membincangkan tentang konsep "the divine rule of god" serta pertembungannya dengan metod rationality dalam penghasilan undang-undang. Peranan demokrasi juga turut dibincangkan dan akhirnya saya membuat rumusan mengenai konsep kekerasan di dalam undang-undang dan bagaimanakah sudut pandangnya dari segi "humanity".


    Terima kasih kerana sudi mendengar dan menyokong!

    35 min
  • Episod 10: Kecukupan Bekalan Makanan Di Waktu Krisis

    Dalam episod kali ini, saya akan membincangkan perihal masalah bekalan makanan dan risiko ketidakcukupan bekalan makanan. Adakah Malaysia mempunyai kecukupan bekalan makanan? Apakah faktor yang mungkin menyebabkan kita mempunyai masalah bekalan makanan. Semua akan dibincangkan di dalam episod ini

    31 min
  • Episod 9: Apakah itu 'Helicopter Money' dan 'Bazooka Bond'

    Dalam episod 9, saya akan mengulas mengenai keadaan di Italy dan langkah-langkah yang diunjurkan oleh Eurozone melalui European Central Bank (ECB) untuk memastikan ekonomi Italy tak 'collapse'. Antaranya dengan issuing 'Big Bazooka' untuk membeli bond yang dikeluarkan oleh Italy. Selamat mendengar dan terima kasih atas sokongan anda

    26 min
  • Episod 7: COVID 19: Agama dan Negara

    Dalam episod kali ini, sosio-siasah membincangkan secara ringkas berkenaan situasi terbaru COVID 19. Dan dalam masa yang sama membincangkan mengenai penglibatan agama dan negara di dalam isu ini.

    20 min
  • Episod 6: Temubual Tetamu Jemputan - Amirrudin Abd Rahman (Topik: Anak Muda dan Politik)

    Dalam episod kali ini, sosio-siasah berkesempatan untuk menemubual saudara Amirrudin mengenai topik anak muda dan politik. 

    Saudara Amirrudin mempunyai pengalaman terlibat dengan dunia politik sebagai seorang bekas penceramah dan penulis teks ucapan menteri. Antara persoalan yang akan dikupas adalah: 

    1.Relevankah anak muda dan politik? Atau anak muda perlu hanya fokus kepada kerjaya dan serahkan politik kepada orang tua 

    2. Apa konflik utama antara anak muda dan bukan anak muda (orang tua) dalam politik? 

    3. Usia mengundi diturunkan ke 18 tahun

    Untuk sebarang pertanyaan, maklumbalas dan cadangan, bolehlah emelkan kepada kami di [email protected]

    Jangan lupa untuk like Facebook kami di https://fb.me/sosiosiasah

    Sosio-siasah ingin merakamkan terima kasih kepada para pendengar dan mengucapkan selamat mengikuti siaran podcast sosio-siasah.

    Runut Muzik di dalam podcast ini adalah daripada Ehrling ("Sthlm Sunset")

    ––––––––––––––––––––––––––––––

    Sthlm Sunset by Ehrling https://soundcloud.com/ehrling

    Free Download / Stream: https://bit.ly/sthlm-sunset

    Music promoted by Audio Library https://youtu.be/5ptXIfhUrTA

    ––––––––––––––––––––––––––––––

    36 min
  • Episod 5: "Fake News": Meneroka Asal Usulnya & Mengapa Manusia Menyebarkannya

    "Sup Rasam berupaya mengelakkan jangkitan novel-Corona Virus", Ini antara unverified news yang paling mencuit hati saya.

    Jadi dalam episod kali ini, sosio-siasah akan cuba mengupas isu berkenaan "Fake News". Antara persoalan yang akan dijawab dalam episod kali ini adalah:

    1. Apakah fake news? Sedikit sejarah berkenaan fake news

    2.Kenapa orang sebar fake news?

    3. Adakah kita, masyarakat Malaysia sahaja yang terkesan dengan  permasalahan fake news?

    4, Apakah hala tuju dalam menghadapi fake news ini?


    Rujukan bagi episod kali ini:

    1. Rini, Regina. "Fake news and partisan epistemology." Kennedy Institute of Ethics Journal 27, no. 2 (2017): E-43. https://muse.jhu.edu/article/670860/summary

    2. Marwick, Alice E. "Why do people share fake news? A sociotechnical model of media effects." Georgetown Law Technology Review 2, no. 2 (2018): 474-512. https://georgetownlawtechreview.org/wp-content/uploads/2018/07/2.2-Marwick-pp-474-512.pdf

    3. Yee, Andy. "Post-Truth Politics & Fake News in Asia." Global Asia 12, no. 2 (2017): 66-71. https://www.researchgate.net/profile/Andy_Yee/publication/318673840_Post-Truth_Politics_and_Fake_News_in_Asia/links/59771de1458515e26d2cdbe8/Post-Truth-Politics-and-Fake-News-in-Asia.pdf

    4. https://www.theguardian.com/uk/interactive/2011/dec/07/london-riots-twitter

    Untuk sebarang pertanyaan, maklumbalas dan cadangan, bolehlah emelkan kepada kami di [email protected]

    Jangan lupa untuk like Facebook kami di https://fb.me/sosiosiasah

    Sosio-siasah ingin merakamkan terima kasih kepada para pendengar dan mengucapkan selamat mengikuti siaran podcast sosio-siasah.

    Runut Muzik di dalam podcast ini adalah daripada Ehrling ("Sthlm Sunset")

    ––––––––––––––––––––––––––––––

    Sthlm Sunset by Ehrling https://soundcloud.com/ehrling

    Free Download / Stream: https://bit.ly/sthlm-sunset

    Music promoted by Audio Library https://youtu.be/5ptXIfhUrTA

    ––––––––––––––––––––––––––––––


    38 min
  • Episod 4: Virus Corona & Nipah Virus: Pengalaman Malaysia menghadapi wabak
    Dalam episod kali ini, sosio-siasah akan menyentuh isu yang sedang hangat dibicarakan ketika ini iaitu Virus Corona. Terdapat pihak yang begitu lantang meminta sekatan warga China daripada memasuki Malaysia. Apakah itu tindakan yang wajar? Bagaimanakah pula pengalaman Malaysia dalam menguruskan perkara berkaitan wabak ini?
    Isu kali ini akan mengimbas wabak Nipah Virus yang pernah menghantui negara 20 tahun lalu.
    Link rujukan yang digunakan untuk episod kali ini:
    1. Lessons from the Nipah virus outbreak in Malaysia
    http://www.mjpath.org.my/2007.2/02Nipah_Virus_lessons.pdf
    2.Managing the public during the nipah virus outbreak in Negeri Sembilan
    http://journalarticle.ukm.my/4375/1/Vol6%28K%29-Ramlee.pdf
    3. PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA,3 Mei 1999
    www.parlimen.gov.my › pdfPDFdewan negara - Parlimen
    4.The New Virus Plaguing Malaysia
    https://youtu.be/GfDSWD2ScD8
    Untuk sebarang pertanyaan, maklumbalas dan cadangan, bolehlah emelkan kepada kami di [email protected]
    Sosio-siasah ingin merakamkan terima kasih kepada para pendengar dan mengucapkan selamat mengikuti siaran podcast sosio-siasah.
    27 min

About Sosio-Siasah

From the publisher's feed

Podcast Sosio-Siasah adalah podcast berbahasa Melayu yang akan membincangkan isu-isu semasa termasuklah perkara melibatkan politik, kemasyarakatan, perhubungan manusia, komunikasi dan lain-lain lagi.