The Ameruddin Show

The Ameruddin Show

By Muhammad Ameruddin Che IbrahimEducationSelf-Improvement
Download on the App Store

The Ameruddin Show episodes

  • Wolfipali: Freelancing dan Pemasaran Digital adalah Ekonomi Masa Hadapan Selepas Pandemik Covid-19
    Hi episode kali ini saya bersama dengan bro Pali berbincang dan berbual tentang freelancing dan digital marketing pasca Covid-19. Sebagai seorang yang mempunyai latar belakang yang luas dalam bidang digital marketing, bro Pali kongsikan bagaimana ekonomi masa hadapan akan berubah disebabkan oleh pandemik Covid-19 ini. Kalau dahulu, orang tidak akan melihat bahawa freelancing ini sebagai sesuatu yang mustahil tak tidak mempunyai masa hadapan tetapi sekarang hampir 20-30% ekonomi negara dijana melaluinya dan dianggarkan peratus tersebut akan meningkat setiap tahun. 
    1. Bro Pali's Twitter
    2. Amer's Twitter
    3. Amer's Website
    1 hr 7 min
  • Azlan Huzeifa: Rahsia dan Pantang Larang Menggunakan Sosial Media yang Usahawan Online Ambil Mudah

    Hi episod kali ini saya bersama dengan pengasas kepada Huzeifa Studio iaitu Azlan Huzeifa. Sekarang semakin ramai usahawan menyedari keperluan untuk mendigitalkan perniagaan mereka, terutamanya melalui sosial media seperti Facebook, Instagram dan terbaru adalah Tik Tok. Tetapi kebanyakkan daripada mereka gagal melihat hasil jualan mereka meningkat apabila menggunakan platform-platform tadi, ini kerana mereka tidak tahu "Do's and Dont's" semasa mempromosikan dan melakukan jualan produk mereka di sosial media. Dalam episod ini Azlan kongsikan apakah rahsia dan juga pantang larang sewaktu menjual di sosial media. Bagaimana strategi "Jab, Jab, Jab, Right Hook" yang digunakan oleh Azlan ini boleh dipraktikkan oleh usahawan-usahawan semasa di sosial media. Selain itu, Azlan juga kongsikan bagaimana buku "Instagram Marketing Calender", yang terinspirasi sewaktu pandemik Covid-19 , telah membantu hampir 5,000+ usahawan di Malaysia dan juga Singapura. Enjoy the show!


    Link:

    1. Azlan's Twitter

    2. Huzeifa Studio Website
    3. Instagram Marketing Calender
    4. Amer's Twitter
    5. Amer's Website 

    52 min
  • Aiman Amri: Introvert Bukan Kelemahan, Extrovert Bukan Penentuan

    Hi, episod kali ini saya bersama dengan Aiman Amri atau dikenali sebagai "Aiman Psikologi". Beliau merupakan salah seorang "key opinion leader" dalam bidang psikologi dan juga personaliti manusia. Selain banyak berkongsi pendapat dan buah fikiran beliau di dalam sosial media, Aiman juga banyak kali keluar dalam siaran televisyen seperti TV3 membincangkan tentang topik psikologi dan sifat manusia. 

    Sebagai seorang yang menuntut ilmu dalam bidang psikologi serta turut mempraktikkan pengetahuan tersebut dalam pekerjaannya, ianya memberikan Aiman kelebihan untuk berkongsi real-life-experience dan real-situation berkaitan dengan dunia psikologi. Dalam episod ini kami berbual berkenaan dengan status quo introvert dan extrovert dalam masyarakat, bagaimana untuk mengatasi perkara tersebut serta berkenaan dengan perbezaan jelas antara stress, anxiety dan depression. Enjoy the show! 

    Twitter: Aiman Psikologi

    Website: Aiman Psikologi

    59 min
  • Azraei Muhamad: 6 Angka Menjelang Disember & Strategi Membina Audience dalam Sosial Media
    Hi, episod kali ini saya bersama Azraei Muhamad atau lebih dikenali dengan panggilan Gory. Beliau merupakan penulis buku “6 Angka Menjelang 25”, yang menceritakan pengalamannya mengumpul RM100,000 sebelum umur 25 tahun. Buku ini merupakan salah sebuah buku yang viral dalam sosial media dan juga merupakan antara buku yang paling laris dalam cartra publisher beliau. Tahun ini beliau hadir dengan buku sekuel terbaru beliau yang bertajuk “6 Angka Menjelang Disember”. Kepada yang ingin mengetahui konten teaser bagi buku ini, beliau ada menceritakannya dalam podcast kali ini. 
    Selain itu, dalam episd ini Gory turut berkongsi rahsia dan strategi beliau dalam membina audience dalam sosial media, ie Twitter. Menjadi pemilik kepada 2 akaun Twitter yang berjumlah hampir 50,000, beliau adalah orang yang pakar dalam bidang tersebut. Bermula dengan hanya 800 follower di Twitter kini akaun beliau menjadi rujukan kepada anak muda yang berminat untuk mendapatkan info berkenaan tentang kewangan dan juga pelaburan. Enjoy the show!
    Follow Gory di Twitter:
    @azraeimuhamad (personal)
    @financialgory (business)
    54 min
  • Natasha Gideon: Perunding Hartanah (REN), Pasaran dan Pelaburan Hartanah di Malaysia

    Hello, episod kali ini saya bersama dengan Natasha Gedion, juga dikenali dengan panggilan MarieJualKondo. Natasha merupakan seorang perunding hartanah (Real Estate Negotiator) sepenuh masa dan tahun ini merupakan tahun ke-5 beliau dalam industri jual beli hartanah di Malaysia. Berjaya memperoleh komisen sebanyak enam angka pada tahun pertamanya dalam industri menjadikan beliau seorang ikon serta contoh kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi perunding hartanah di Malaysia. Untuk sesiapa yang belum atau bakal memiliki hartanah, Natasha banyak kongsikan ilmu dan pengetahuan beliau berkenaan dengan jual beli rumah di Twitter dan Instagramnya. Dalam episode ini, kami berbual tentang cabaran dan realiti kehidupan seorang ‘commisson earner’—perunding hartanah, bagaimana dengan pasaran hartanah di Malaysia dan juga kenapa hartanah merupakan pelaburan yang paling bagus untuk jangka masa panjang. Enjoy the show!

    Twitter: MarieJualKondo

    Instagram: Natasha Gedion

    1 hr 1 min
  • Syaza Nazura: Explore And Discover Yourself
    Woohoo.. Hello, episode kali ini saya bersama Syaza Nazura, seorang blogger dan juga koordinator di salah sebuah sekolah antarabangsa di Selangor. Selain daripada menulis Syaza mempunyai minat dan passion dalam pendidikan tinggi. Nope, it’s not what you think—dia berminat dalam urus tadbir pelajar dan kaunseling. Pengalaman belajar di US (Degree in Acturial Science) dan UK (Master in Education) telah membentuk minatnya yang mendalam dalam bidang pentadbiran pendidikan dan kaunseling. Enjoy the show!
    1 hr 6 min

About The Ameruddin Show

From the publisher's feed

Hi! Kalau anda sedang mencari bi-lingual podcast yang santai dan informatif, saya rasa anda sampai di tempat yang betul. Saya Ameruddin Ibrahim, penulis, podcaster & juga seorang 'consultant'. Dalam podcast ini saya akan bercakap dan berbual serta menemu ramah individu, kreatif kreator & juga usahawan di Malaysia. Kami akan berbual & bercakap tentang bisnes, 'personal finance' dan juga 'kekayaan minda'. Hope you will enjoy the show!