Berbicara tentang panel podcaster kita pada kali ini, kami mohon anda letakkan segala logik, prejudis malahan sentimen anda tentang masa depan dunia ke tepi. Beliau adalah manusia yang paling ortodoks dan anti-ortodoks dalam masa yang sama. Atau mungkin sahaja tanggapan kami ini terlalu sederhana buat beliau yang pernah berimpian menjadi seorang ustaz, pilot dan penyanyi metal satu tika dulu.