Episod baru dimuatnaik setiap hari Ahad.
Bersama hos, Ustaz Raja Muhazam Farid. Bacaan dan perkongsian mengenai surah/ayat2 ini berfokus kepada:
-Bacaan surah/ayat2 tersebut & perkongsian tajwid secara ringkas.
-Latarbelakang & analisa surah/ayat2 tersebut & bagaimana ia mempengaruhi kehidupan kita.
Pautan Amal kali ini mengetengahkan pembinaan Kompleks Institut Tahfiz Bintulu, Sarawak.
Institut Tahfiz Bintulu (ITB) telah beroperasi di tapak sementara di dalam kawasan Masjid Darul Hidayah, Kidurong Bintulu, sejak 10 Januari 2009.
Bermula secara sambilan dan kemudiannya secara sepenuh masa dgn jumlah pelajar awal seramai 20 orang dan kini jumlah pelajar telah bertambah seramai 150 orang.
Adalah diharapkan dengan pembinaan Kompleks ITBini dapat menampung pengambilan lebih ramai pelajar2 di masa hadapan dan memastikan suasana pembelajaran yang lebih kondusif untuk pelajar2 ini.
Adalah amat dialu-alukan sokongan dan bantuan yang berterusan daripada semua pihak. Bagi sesiapa yang sudi untuk menderma, maklumat akaun projek ini adalah seperti berikut:
Tabung Pembinaan Kompleks Institut Tahfiz Bintulu
No akaun : 11030001628718
** Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh lah menghubungi :
Ustaz Husin Zaenal Arifin,
Mudir Institut Tahfiz Bintulu -
** Institut Tahfiz Bintulu telah mendapat kelulusan Lesen Pungutan Awam daripada Pejabat Agama Islam.
** Facebook: Institut Tahfiz Bintulu
Selamat beramal, moga semua amalan kita diterima Yang Maha Esa.
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ