Sebuah K-Drama yang sedang tular membuka ruang untuk kami berbincang tentang sesuatu yang lebih besar—pendidikan, sistem, dan makna sebenar menuntut ilmu.
Dalam Islam, ilmu bukan sekadar untuk lulus peperiksaan atau mengejar kejayaan dunia. Ilmu datang bersama adab, keberkatan, dan penghormatan kepada guru. Apabila hubungan antara guru dan pelajar dipelihara, di situlah lahirnya ilmu yang benar-benar memberi manfaat.
Adakah sistem pendidikan hari ini masih memberi ruang untuk membina insan, atau kita terlalu sibuk mengejar keputusan?
Jom ikuti perbincangan kami tentang pengajaran yang boleh diambil daripada drama tersebut, serta bagaimana nilai-nilai Islam seperti adab, keberkatan guru, dan keberkatan ilmu boleh menjadi panduan dalam dunia pendidikan hari ini.
🎙️ Tonton episod penuh sekarang dan kongsikan pandangan anda.
_____________________________________________________________
Podcast ini di sokong oleh para penymbang masjid Al-istighfar
Untuk menjadi penderma tetap atau memberikan sumbangan sekali bagi Masjid Al-Istighfar, sila layari alistighfar.com/donate atau lakukan pembayaran melalui PayNow ke UEN: S99MQ0014H.
Marilah sama-sama menyokong usaha dakwah dan program bermanfaat Masjid Al-Istighfar untuk masyarakat.