Salam Ustaz, saya nak tanya, guna perkataan basmallah atau bismillah? Saya tendengar ada orang gunakan perkataan 'basmallah' tempoh hari. Rasa macam tak kena.
[Muslimah] Orang tua-tua kata kalau kita haid, kita tak boleh cuci rambut. Betul ke? Kalau kita terbuang angin lepas, boleh baca Al-Quran? Apa hukum seorang mak tak endahkan anak?
[Muslimah] Kalau kita derma susu kita kepada ibu lain, kita akan automatic jadi ibu susuan anak mereka ke? Satu lagi, kenapa pluck eyebrow haram tapi maaf cakap, shave bulu kemaluan dibenarkan? Women using menstrual cup, is it halal?
Lazimnya kita mendapat soalan para suami tentang hak mereka mendapatkan nafkah batin dan tanya apa hukum kalau isteri tak 'kasi'. Dan isteri pula lazimnya akan tanya soalan berkenaan dengan nafkah dan apa hukum kalau suami tak 'kasi'. Kami mencari jalan tengah tentang perbicaraan ini.
Salam ustaz, apakah hukum kita share balik gambar lama kita tak bertudung kat fb sebab ada kalanya fb nih mengingatkan kita tentang gambar-gambar beberapa tahun lepas. Kami nak share sekadar kenangan sahaja.
Kami membacakan soalan seorang wanita yang begitu takut untuk bermesra dengan bakal suami, sehingga memberikan 'heads up' beliau bakal mengenakan busana lengkap walaupun bersendirian dengan bakalnya di rumah nanti. Alasannya? Takut djinn 'join'.
Ibadah lengkap, sholat tak lepas, kehulu kehilir pergi masjid, majlis ilmu, tapi surf porn. Apakah perhitungan bagi individu sedemikian rupa? Apakah Allah terima ibadahnya?
Adakah benar suami kene tanggung dosa isteri? Zaman sekarang isteri semua terpelajar, adakah perlu suami didik? Selamat datang ke NJU musim 2021!
Ikuti kami di Facebook dan Instagram!
39 min
About Usrah
From the publisher's feed
Ustaz Muhammad Nuzhan Abdul Halim adalah Pengurus Dakwah Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, seorang Naib Kadi ROMM, anggota majlis PERGAS, kaunselor jabatan Religious Rehabilitation Group (RRG) serta penerima Anugerah Asatizah Cemerlang. Beliau berkelulusan sarjana dalam tafsir Al-Quran, Universiti Al-Azhar.
Dzar Ismail adalah pemilik bersama editorial sosio-politik Plan B Media Pte Ltd, seorang penyiar, jurubual dan penghibur yang mempunyai pengalaman sepanjang 18 tahun dalam dunia radio, TV, pentas dan siniar. Beliau juga pemegang ijazah bidang pendidikan dari Institut Pendidikan Nasional (NTU/NIE)