Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
Podcast dua beradik; Ustaz Yusri Yusoff & Marina Yusoff akan membawa anda menelusuri realiti hubungan warna-warni kehidupan antara suami isteri, ibu bapa, keluarga dan juga sesama teman. Pada seti... more
FAQs about Warna-Warni Kehidupan:How many episodes does Warna-Warni Kehidupan have?The podcast currently has 226 episodes available.
November 30, 2021EP.36. Kenapa Pasangan Bercerai?Episod podcast kali ini akan berkongsi mengenai topik talak; kenapa pasangan bercerai serta apakah sebab-sebabnya? Segalanya akan dikupas dan dikongsi bersama oleh Ustaz Yusri dan Marina Yusoff dalam episod kali ini. Podcast ini dibawakan khas oleh YusriYusoff Consulting. Bagi khidmat kaunseling agama, sila lungsuri yusriyusoff.com/islamic-counselling atau hubungi langsung melalui no 8949 4642 (whatsapp sahaja). Bagi saranan topik dan soalan-soalan hubungan rumahta......more22minPlay
November 25, 2021EP35. Masalah Kesuburan Pasangan, Apakah Jalan Keluarnya?Episod kali ini berkongsi mengenai masalah kesuburan (fertility) bagi sesetengah pasangan yang belum dikurniai cahayamata. Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi mengenai apakah bentuk respon pasangan apabila berdepan dengan isu sebegini serta panduan dan hikmah yang boleh dijadikan sebagai penyejuk hati dari ujian yang diberikan Allah ini. Selain itu, beberapa tips dari kisah-kisah kejayaan pasangan yang dikurniakan anak selepas beberapa tahun atau sedekad mencuba dan juga a......more38minPlay
November 22, 2021EP34. Anak LGBT, Bagaimana Pendekatan Ibu Bapa? (Part 3)Pada episod kali ini, Ustaz Yusri dan Marina akan menyambung perkongsian mereka mengenai tips dalam mengelakkan diri daripada terjerumus dalam hubungan seks antara sesama jenis (termasuk antara lelaki dan perempuan). Selain itu, episod kali ini juga akan berkongsi mengenai pentingnya bagi seorang Muslim tidak kira apa sahaja dosa dan kesilapan mereka untuk terus berdamping dengan Allah dan tidak melupakannya walaupun sering melakukan dosa dan kesilapan padaNya.Podcast ini dibawakan khas ......more35minPlay
November 18, 2021EP33. Anak LGBT, Bagaimana Pendekatan Ibu Bapa? (Part 2)Sebagai kesinambungan episod yang lalu berkaitan anak-anak yang mempunyai gejala LGBT, episod kali ini akan menumpukan bagaimana pendekatan yang seharusnya diambil terhadap anak-anak yang mempunyai gejala LGBT ini. Selain itu, pada episod ini juga akan dikongsikan tips bagi membantu anak-anak yang mempunyai gejala LGBT dalam mengawal diri mereka daripada menonton aksi pornografi dan mengawal diri mereka daripada aktiviti kurang sihat bersama pasangan sejenis. Segalanya akan dikupas ......more37minPlay
November 15, 2021EP32. Anak LGBT, Bagaimana Pendekatan Ibu Bapa? (Part 1)Pada episod kali ini, Ustaz Yusri dan Marina berkongsi pengalaman sebenar mereka apabila berdepan dengan ibu bapa yang berdepan dengan cabaran anak-anak serta individu yang mempunyai gejala LGBT. Bagaimanakah tindakan ibu bapa dalam hal ini? Adakah dengan meneruskan hubungan erat bersama anak-anak yang berdepan dengan gejala ini dianggap sebagai menyokong maksiat anak-anak? Segalanya akan dikupas dalam bahagian pertama episod berkaitan anak-anak yang punyai gejala LGBT dan t......more19minPlay
November 12, 2021EP31. Anak Kahwin Sivil atau Keluar Agama, Apakah Respon Ibu Bapa?Sebagai kesinambungan episod yang lalu berkaitan isu tidak mengaku anak dan menghalau anak keluar rumah, episod kali ini akan membawakan kisah-kisah sebenar berkaitan pasangan Islam yang berkahwin sivil atau keluar agama kerana berkahwin dengan pasangan yang bukan Islam. Jadi, apakah respon dan sikap ibu bapa dalam menangani isu yang berat sebegini. Bagaimana pula tindakan yang sepatutnya kita dalam menangani isu rumit ini. Segalanya akan dikupas dan dikongsi bersama oleh Ustaz Yus......more33minPlay
November 04, 2021EP30. Tidak Mengaku Anak, Adakah Ianya Ajaran Islam?Apabila anak terpesong dan tersilap langkah melakukan perkara yang sangat dilarang agama, adakah wajar ibu bapa untuk membuang anak; tidak akui mereka sebagai anak dan menghalau mereka dari rumah? Adakah langkah tersebut merupakan ajaran Islam? Segalanya akan dikupas dan dikongsi bersama oleh Ustaz Yusri dan Marina Yusoff dalam siri tentang buang anak yang membicarakan sikap ibu bapa apabila berdepan dengan ujian anak-anak yang tersasar jauh dari agama. Apakah sikap yang sepatutny......more24minPlay
October 28, 2021EP29. Tidak Layan Tuntutan Nafsu Suami, Dosakah Isteri?Terkadang isteri serba salah dalam memenuhi tuntutan suami untuk melakukan hubungan seks kerana emosi dan mentalnya didera. Bila enggan bersama, suami mendakwa menurut agama tindakan isteri tersebut akan dilaknat malaikat hingga ke Subuh. Benarkah dakwaan suami bahawa agama mencela isteri sedemikian rupa? Bolehkah isteri menolak tuntutan suami mereka untuk bersama? Derhakakah isteri dalam hal ini. Bolehkah isteri menuntut cerai kerana deraan mental dan emosi, dosakah mereka? S......more25minPlay
October 22, 2021EP28. Isteri Keluar Rumah Tanpa Izin, Benarkah Nusyuz (Derhaka)?Sering terdengar pandangan bahawa isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami, jika keluar juga dianggap derhaka? Walaupun tujuan isteri sebenarnya adalah untuk menziarahi ibu bapa atau kerana isteri menghadapi tekanan mental yang amat sangat kerana karenah suami. Benarkah tindakan isteri keluar rumah sebagai nusyuz?Kesemua ini akan dikupas dalam episod khas tentang hal nusyuz isteri dan suami oleh podcast dua beradik, Ustaz Yusri & Marina Yusoff dari sudut perspektif agama dan juga ......more25minPlay
October 14, 2021EP27. Semakin Hari Semakin Renggang, Bagaimana Hangatkan Kembali?Sudah berumahtangga 5-10 tahun atau lebih, namun rumahtangga semakin hari semakin renggang. Kasih sayang antara suami isteri pula kian lama kian pudar. Bagaimana dapat pasangan yang merasakan perasaan sebegini dapat hangatkan kembali? Episod kali ini, Ustaz Yusri aka Abang Yus dan Marina Yusoff akan mengajak para pendengar mengimbas kembali apa yang mereka boleh lakukan dalam memastikan rumahtangga keduanya sentiasa hangat dan mekar. Podcast ini dibawakan khas oleh Sahat Mr. Agent.&......more38minPlay
FAQs about Warna-Warni Kehidupan:How many episodes does Warna-Warni Kehidupan have?The podcast currently has 226 episodes available.