
Sign up to save your podcasts
Or


Elon Musk telah umum pembelian Twitter tidak akan berlansung 'buat masa ini'. Adakah ini taktik beliau untuk tidak meneruskan pembelian ini secara terus? Sementara itu, kenderaan elektrik (EV) bukan sahaja untuk motokar, tetapi ke motosikal, mesin potong rumput, dan lain-lain lagi. Adakah ini revolusi yang tidak akan terhenti dalam jangka masa terdekat? Sementara itu, Teman Amanz kali ini tanya tentang isu kegawatan ekonomi Amerika Syarikat. Adakah ini memberi impak kepada Malaysia? Semua ini dibincangkan oleh Mat Pis dan Yem.
Perkahwinan lebih dua dekad di antara FIFA dengan EA Sports untuk membentuk permainan terkenal dunia - FIFA22 kini berakhir dengan kedua-dua pihak tidak memperbaharui kontrak kerjasama mereka. Mat Pis dan Yem menghuraikan isu ini.
Selain itu, isu Beijing ban aplikasi pembelajaran kanak-kanak, penggunaan digital rings untuk bertasbih, serta Netflix meletakkan iklan - langkah bijak atau tidak?
Harga saham Serba Dinamik hampir pudar dari papan saham utama di Bursa Malaysia. Sementara itu, debat politik mengetengahkan isu-isu padat dan hangat. Mat Pis dan Yem huraikan kesemuanya di sini.
Episod hari raya ini menyaksikan Mat Pis dan Yem borak kosong di pagi raya! Enjoys you alls!
Saham Netflix terus merudum setelah nilai syarikat itu susut lebih 50% dalam masa sebulan. Syarikat itu dijangka akan membuang kakitangan untuk mengurangkan kos pentadbiran. Sementara itu, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin menggesa agar parlimen segera meluluskan undang-undang anti-rokok bagi mereka yang lahir selepas tahun 2007 pada sidang bulan Julai ini. Mat Pis dan Yem merungkai isu-isu ini.
Syarikat telekomunikasi gergasi China Huawei, terus menjual bon untuk pacu pertumbuhan syarikat. Sementara itu, penjualan kenderaan EV di China terus rancak menyaksikan pertumbuhan mendadak kepada penggunaan kenderaan EV di sana. Teman Amanz mengkaji bagaimana lockdown di Shanghai mengakibatkan seluruh dunia merana.
Taktik Microsoft untuk tawan pasaran Awan sekali lagi membawa tohmahan yang mereka adalah monopoli. Sementara itu, Nokia dan Ericsson keluar dari pasaran Rusia, sekaligus membawa isu siapa yang akan bina internet di negara itu? Teman Amanz persoalkan isu diagnosis menyendiri yang semakin menyemakkan isu kesihatan mental di platform itu. Mat Pis dan Yem menghuraikan isu-isu ini bersama.
Syarikat teknologi gergasi GoTo, hasil gabungan Gojek dengan Tokopedia berkongsi saham bersama pemandu dan partner mereka. Langkah ini memberikan kesan positif terhadap bagaimana syarikat-syarikat gergasi teknologi di rantau ini mengagihkan pulangan kepada stakeholder mereka. Selain itu, ini memberikan peluang kepada golongan B40 Indonesia untuk memulakan perjalanan pelaburan mereka di pasaran ekuiti pasaran tempatan. Mat Pis dan Yem mengolah.
Elon Musk tawar untuk beli Twitter sebanyak USD43 bilion. Sementara itu, kerajaan China buat semakan ketara terhadap algoritma yang syarikat-syarikat China sedang gunakan sekarang. Mat Pis dan Yem mengulas.
Binance, serta Cuscapi, Suntik Pelaburan Dalam MX Global Sdn Bhd. Sementara itu, Dubai teruskan usaha untuk menarik minat pelabur kripto ke bandaraya itu. Mat Pis dan Yem merungkai isu ini secara mendalam.
From the publisher's feed

10 Listeners