
Sign up to save your podcasts
Or


Pelaksanaan 5G di Malaysia secara menyeluruh dan aktif oleh semua syarikat telekomunikasi mungkin masih sedikit lambat lagi, kata Kementerian Komunikasi. Syarikat telekomunikasi, Digital Nasional Berhad, serta SKMM dijangka akan dapat mencapai kata sepakat dan persetujuan yang memuaskan semua pihak mejelang Jun 2022 kelak. Mat Pis dan Yem mengupas isu ini.
Laporan menunjukkan bahawa ketua-ketua pegawai eksekutif syarikat-syarikat vaksin, seperti Pfizer, Moderna, dan Johnson & Johnson mendapat gaji melebihi RM100 juta ke atas setiap seorang. Adakah ini adil dan mampukah ini membantu bukan sahaja industri pemvaksinan, atau adakah ini tindakan tamak sebuah industri yang mengambil peluang terhadap pasaran? Mat Pis dan Yem bincang.
Elon Musk telah menjadi pemegang saham terbesar di Twitter. Susulan itu, beliau dilantik menjadi lembaga pengarah syarikat itu. Sementara lagi, MySejahtera masih dibelenggu masalah kronik apabila pemegang saham aplikasi itu saman beberapa lembaga pengarahnya untuk keluar dari syarikat itu. Teman Amanz mengkaji inisiatif MOSTI untuk bantu cipta 5 syarikat pemula menjadi unicorn.
Kerajaan akan mengenakan gaji minima RM1,500 dalam jangka masa terdekat ini. Beberapa pertubuhan syarikat telah memprotes tindakan ini, manakala beberapa pakar ekonomi mengulas RM1,500 ini masih tidak cukup untuk sara kehidupan harian di bandar. Apakah nasib pekerja setelah dasar ini akan dijadikan undang-undang? Mat Pis dan Yem mengulas.
Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda.
Pelan 5G kini dikongsi dengan MNO dan DNB. Tetapi beberapa penganalisis telahpun memberi pandangan bahawa ini tidak mampu selesaikan masalah Risiko Provider sekiranya satu-satunya rangkaian 5G ini ditawarkan oleh satu pemberi sahaja. Mat Pis dan Yem cuba mengupas isu 5G ini yang semakin hari semakin gering topiknya. Sementara itu, KWSP tawarkan pengeluaran buat kali keempat. Apakah implikasinya kepada orang ramai.
Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda.
Tenaga Nasional Berhad dan PLUS telah mengumumkan pelan untuk meletakkan beberapa pengecas untuk kenderaan elektrik (EV) di seluruh Lebuhraya Utara-Selatan dalam jangka masa terdekat ini. Selain itu, Facebook akan diharamkan di Rusia, sebuah negara yang sekian lama telah menggunakan platform itu untuk menyebarkan berita nyahpalsu. Teman Amanz kali ini membuka topik Tik Tok Shop dan implikasinya terhadap dunia e-commerce. Mat Pis dan Yem merungkai isu-isu ini.
Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda.
Pilihanraya Johor telah selesai, namun terdapat ketidakstabilan yang terus berlaku di negeri Darul Makmur itu. Selain itu, isu 5G semakin hangat dan bagaimana DNB serta MNO yang lain akan cuba menyelesaikan permasalahan ini? Mat Pis dan Yem bincang.
Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda.
CNN+, perkhidmatan penstriman berbayar dari CNN bakal ke udara tidak lama lagi. Mat Pis dan Yem cuba mengolah implikasi perkhidmatan ini kepada dunia penstriman. Sementara itu, Temasek teruskan melabur dalam industri tekhijau. Teman Amanz pula cuba menanyakan tentang CIMB dan pelanggan mereka untuk saman bank itu akibat CIMB Clicks.
Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda.
Saham Grab menjunam sehingga di bawah paras 37% di atas kerugian yang semakin bertambah. Sementara itu, sektor semikonduktor terus menghadapi kesukaran yang ketara akibat peperangan Rusia-Ukraine. Mat Pis dan Yem menghuraikan impak ini kepada sektor teknologi.
Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda.
Rusia sedang dikenakan tindakan sekatan ekonomi yang ketara oleh barat akibat tindakan mereka mencerobohi Ukraine. Mat Pis dan Yem bincang bagaimana negara itu sedang menggunakan matawang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum untuk atasi kekangan sekatan ekonomi ini. Selain itu, mereka bincang bagaimana DuckDuckGo menggantikan Google sebagai enjin pencari bagi mereka yang menyokong tindakan Rusia. Teman Amanz merungkai mengapa wujud sesetengah pihak yang menyokong Rusia.
Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda.
From the publisher's feed

10 Listeners