
Sign up to save your podcasts
Or


Tahun 2019 semakin menghampiri kepada penghujungnya, dan semestinya ramai yang ingin ketahui berkenaan pemilihan peranti terbaik untuk tahun ini. Selari dengannya, pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan berkenaan dengan pemilihan peranti terbaik 2019 yang akan datang, dan apakah antara kriteria yang kita lihat sebelum pemilihan akhirnya.
Sistem operasi kini memainkan peranan penting dalam pemilihan peranti oleh para pengguna. Pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan mengenai perkembangan sistem operasi mudah-alih, dan bagaimanakah impaknya pada masa akan datang dikalangan pengguna?
Disney+ atau Disney Plus merupakan perkhidmatan penstriman video terbaru yang bakal dilancarkan oleh Disney tidak lama lagi. Melaluinya, mereka akan menawarkan sejumlah kandungan terbitan mereka terus melaluinya, sekaligus membuatkan mereka bersaing dengan perkhidmatan penstriman lain seperti Netflix dan lain-lain. Pada episod kali ini, kami melihat kepada sama ada berbaloi atau tidak perkhidmatan penstriman ini untuk dilanggan.
Apple telah pun mengumumkan sejumlah produk dan perkhidmatan baru pada awal pagi ini, termasuk pengenalan Apple TV+, Apple Arcade, selain produk yang dinantikan ramai, iaitu iPhone 11. Pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan mengenai apa yang diumumkan, dan pendapat kami berkaitan dengannya.
Nintendo pada minggu lepas telah mengumumkan secara rasminya sebuah lagi konsol generasi baru dibawah keluarga Switch, iaitu Nintendo Switch Lite. Pada episod kali ini, kami melihat kepada penawaran terbaru Nintendo, dan sama ada ia berbaloi atau sebaliknya.
Dompet Digital TNG Menawarkan Rebat RM5 Untuk Perbelanjaan RM50 Di Shell
Jony Ive merupakan salah satu nama yang tidak asing yang terlibat dalam rekabentuk produk-produk Apple. Walaubagaimanapun, pada minggu ini beliau membuat kejutan dan telah pun meninggalkan Apple untuk membuka firma tersendiri. Pada episod kali ini, kami membincangkan mengenainya, selain pada masa yang sama turut melihat kepada MWC Shanghai.
Salah satu perkara yang dibincangkan hangat selama dua minggu ini adalah berkenaan dengan Huawei yang menerima sekatan perdagangan di Amerika Syarikat, sekaligus memberikan impak terhadap pelbagai perniagaan mereka. Pada episod #SembangLebat kali ini, kami membincangkan mengenai perkara ini dan beberapa kesan disebabkan olehnya.
Google hari ini telah mengadakan acara Google I/O 2019 yang mana menyaksikan mereka berkongsi sejumlah perkara baru, termasuk berkaitan dengan Android Q, ciri privasi baru pada Chrome, sokongan Google Assistant, serta pengenalan peranti baru Pixel 3a.
Sony PlayStation 5 merupakan konsol generasi baru yang dinantikan ramai. Kini, Sony telah berkongsi sejumlah ciri-ciri barui yang akan hadir ke konsol berkenaan tidak lama lagi, dan pada video kali ini, kami membincangkan antara perkara yang telah dikongsikan oleh pihak Sony baru-baru ini.
Penggunaan multi-kamera pada sesuatu telefon telah menjadi suatu norma pada hari ini. Pada video #SembangLebat kali ini, kami melihat kepada topik ini, dan berbincang sama ada penggunaan multi-kamera ini satu keperluan atau hype semata-mata.
From the publisher's feed

10 Listeners