Amanz

Amanz

By AmanzTechnology
Download on the App Store

Amanz episodes

  • #SembangLebat - Samsung Galaxy Fold vs Huawei Mate X

    MWC atau acara tahunan popular, Mobile World Congress baru sahaja menutup tirainya. Pada acara berkenaan, pelbagai peranti telah dilancarkan, termasuk yang menjadi fokus adalah peranti dengan sokongan rangkaian 5G dan juga trend telefon dengan skrin boleh-lipat. Pada #SembangLebat kali ini, kami melihat kepada pelbagai trend baru yang diperlihatkan pada acara MWC 2019 ini, dan sama ada ia praktikal untuk penggunaan seharian atau sebaliknya.  

    43 min
  • Sony PlayStation 5 – Ramalan Dan Apa Yang Dijangka

    PlayStation 5 merupakan salah satu konsol yang dinantikan ramai pengguna dan peminat permainan video. Pada episod kali ini, kami membincangkan berkenaan bilakah ia dijangka dilancarkan, selain apakah ciri-ciri yang mungkin disertakan pada konsol akan datang berkenaan.

    56 min
  • #SembangLebat - Apa Yang Menarik Di CES 2019

    CES 2019 merupakan salah satu acara tahunan yang sering memperlihatkan pelbagai teknologi baru yang bakal menemui pengguna pada sesuatu tahun. Tahun ini, ia memperlihatkan sejumlah perkara baru, termasuk televisyen 8K, tv boleh-gulung, rekaan komputer riba baru, cip pemprosesan baru, dan sebagainya.

    40 min
  • #SembangLebat - Tips Dan Azam 2019

    Pada episod #SembangLebat kali ini, kami melihat kepada azam tahun baru, dan bagaimana boleh menggunakan aplikasi pada telefon pintar anda dalam memastikan anda mencapai azam anda dengan jayanya. Selamat Tahun Baru 2019!

    1 hr 5 min
  • #SembangLebat - Peranti Dan Teknologi Terbaik Sepanjang 2018
    Tahun ini menyaksikan sejumlah telefon pintar dan peranti elektronik diperkenalkan oleh pengeluar seluruh dunia - yang mana sekaligus menyertakan pelbagai pembaharuan bersama-sama dengannya. Pada episod #SembangLebat kali ini, kami melihat kepada pelbagai peranti baru yang diperkenalkan yang mencuri perhatian kami - selain turut menyentuh berkenaan beberapa teknologi yang benar-benar memukau sepanjgn 2018 ini.
    1 hr 25 min
  • #SembangLebat - Storan Awan, Penting Atau Tidak?
    Pada hari ini, perkhidmatan storan awan bukan sesuatu yang baru. Terdapat pelbagai perkhidmatan mengikut platform pada hari ini, termasuk antaranya adalah Google Drive, Dropbox, OneDrive, iCloud dan sebagainya. Pada episod kali ini, kami membincangkan mengenai kepentingan perkhidmatan storan awan dalam menyimpan fail pengguna.
    30 min

About Amanz

From the publisher's feed

Amanz. Ikuti pelbagai perbincangan dan kemaskini semasa dalam arena teknologi, ekonomi, startup dan isu semasa. Yosh!

More shows like Amanz

Keluar Sekejap by Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan

Keluar Sekejap

10 Listeners