Anjakan Dogma - SYOK Podcast [BM]

Anjakan Dogma - SYOK Podcast [BM]

Download on the App Store

Anjakan Dogma - SYOK Podcast [BM] episodes

  • 'Deinstitutionalization' Dalam Penjagaan Kesihatan Mental | Anjakan Dogma EP10

    Hos Anjakan Dogma, Puan Anita Abu Bakar (Presiden serta Pengasas MIASA Malaysia) serta Diana Danielle ditemani Prof. Dato' Noor Aziah, Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia akan bincangkan berkenaan topik yang sangat penting dalam konteks penjagaan kesihatan mental. Prof. Aziah juga kongsikan peranan SUHAKAM dalam melindungi hak individu-individu yang mempunyai isu kesihatan mental.

    44 min
  • Ada Kekuatan Disebalik Keterbukaan dan Meraih Pertolongan | Anjakan Dogma EP9

    Episod ke-9 bagi podcast terbaru, Anjakan Dogma akan membincangkan berkenaan 'vulnerability' yang bertajuk ‘Ada Kekuatan Disebalik Keterbukaan dan Meraih Pertolongan’. Sertai Aliza Kim, slamic Life Coach, Public Figure dan Aktivis Kemanusian bersama Lin Ariffin, Penyampai Radio Zayan dan juga pejuang advokasi kesihatan mental untuk berkongsi kisah pejuangan mereka berhadapan dengan isu kesihatan mental.

    1 hr 1 min
  • Kesihatan Mental Di Tempat Kerja | Anjakan Dogma EP8

    Persekitaran di tempat kerja boleh menyumbang kepada tekanan mental dan tidak harus dipandang ringan oleh mana-mana organisasi. Dengarkan pendapat Puan Muzdalifah Mohd Nasir, Ketua Strategi Hal Ehwal Korporat Yayasan Sime Darby dan Encik Hizwani Hassan, Pengarah Pihak Berkepentingan Ekuinas dalam merungkai isu ini dihoskan oleh Puan Anita Abu Bakar, Pengasas MIASA Malaysia bersama Diana Danielle, selebriti yang aktif mengadvokatkan berkenaan kesihatan mental.


    40 min
  • Penjagaan Diri, Lebih Dari Apa Yang Anda Fikirkan | Anjakan Dogma EP7

    Penjagaan diri merangkumi segala-galanya berkaitan dengan mengekalkan kesihatan fizikal dan psikologi. Sertai hos-hos kita, Puan Anita Abu Bakar, Presiden dan Pengasas MIASA Malaysia bersama Diana Danielle, selebriti yang aktif mengadvokatkan tentang kesihatan mental dalam merungkai segala permasalahan dalam penjagaan diri bersama tetamu jemputan, penyampai radio Sinar FM, Dina Nadzir!

    44 min
  • Hak Asasi Manusia Dalam Kesihatan Mental | Anjakan Dogma EP6

    Episod ini membincangkan tentang 'Hak Asasi Manusia Dalam Kesihatan Mental' yang kian lama kian merudum. Sertai Dr Rabindra (Wakil WHO kepada Malaysia, Brunei dan Singapore) serta Puan Nur Aminahtul Mardhiah (Aktivis hak asasi manusia) bersama hos-hos kita, Puan Anita, Pengasas dan Presiden MIASA Malaysia dan selebriti Diana Danielle yang berkongsi tentang pandangan mereka. Dengarkan perbualan penting ini untuk mengetahui bagaimana kita semua boleh membuat satu perubahan dalam isu ini.

    1 hr 4 min
  • Stigma Dalam Kalangan Pakar Kesihatan Mental, Jom Ubah! | Anjakan Dogma EP5

    Dalam episod ini, Puan Anita, Presiden dan Pengasas MIASA Malaysia, bersama Diana Danielle, selebriti yang aktif mengadvokasi kesihatan mental, membincangkan isu stigma dalam kalangan pakar kesihatan mental. Mereka akan mengupas mengapa stigma ini wujud, kesannya terhadap pesakit dan komuniti, serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengubah persepsi dan meningkatkan sokongan. Sertai perbincangan penting ini tentang bagaimana kita semua boleh memainkan peranan dalam menghapuskan stigma ini.

    1 hr 9 min
  • Kisah Pejuangan: Advokasi dan Mencetus Transformasi dalam Kesihatan Mental Di Komuniti | Anjakan Dogma EP4

    Dalam episod ini, Puan Anita, Presiden dan Pengasas MIASA Malaysia, bersama Diana Danielle, selebriti yang aktif mengadvokatkan berkenaan kesihatan mental bersama tetamu istimewa iaitu Puan Mahani Kassim, Presiden Pink Unity, dan Ranessa dari Women's Aid Organization. Mereka berkongsi kisah pejuang dalam advokasi kesihatan mental di komuniti, pengalaman, cabaran, dan kejayaan mereka dalam mencetus transformasi pemahaman dan penerimaan kesihatan mental di kalangan masyarakat.

    58 min

About Anjakan Dogma - SYOK Podcast [BM]

From the publisher's feed

Anjakan Dogma adalah sebuah podcast berbentuk ilmiah yang akan membincangkan tentang landskap kesihatan mental dan realiti politiknya. Nak sponsor atau kolaborasi? Emel [email protected] atau WhatsApp…