Audio Pendidikan

Audio Pendidikan

By Kementerian Pendidikan MalaysiaEducation
Download on the App Store

Audio Pendidikan episodes

  • Pulau Janji Episod 3

    Ribut yang melanda Pulau Janji telah menjadi ketakutan yang kononnya berupa bencana-bencana kecil sementara menunggu bencana sebenar berlaku. Walhal, ribut sebegitu sebenarnya hanyalah fenomena biasa yang sering berlaku sebelum ini. Kesan psikologi itu menjadi alasan utama Arjuna untuk mengubah pendirian bapanya. Damak melenting dengan pendirian Arjuna tersebut.

    5 min
  • Pulau Janji Episod 2

    Arjuna, anak sulung Damak, Ketua Pulau Janji telah termakan janji Linda dan cuba pula mempengaruhi keluarganya agar menerima tawaran Linda. Aduka setia dan berdiri teguh di belakang bapanya. Linda turut berusaha mempengaruhi adik Arjuna iaitu Bayu sebagai usaha untuk memujuk bapanya. Linda menakut-nakutkan mereka sekeluarga dengan bencana yang kononnya diakibatkan fenomena pemanasan global itu.


    8 min
  • Pulau Janji Episod 1

    Pulau Janji berkisah tentang konflik yang melanda penduduk Pulau Janji bila mana dihimpit keresahan rentetan diancam perkhabaran yang Pulau Janji akan tenggelam akibat perubahan bentuk muka bumi. Linda seorang wanita dari ibukota menawarkan diri untuk membeli tanah penduduk di Pulau Janji. Ini kononnya membantu mereka membina kehidupan baharu. Bagaimana sambutan penduduk Pulau Janji?

    Drama ini mengajar erti kesetiaan kepada pemimpin dan tidak mudah terpengaruh dengan material.

    Nilai murni : kerjasama, kesetiaan

    7 min
  • Sejarah Tingkatan 1 : Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia

    Rancangan ini tentang ciri-ciri tamadun merangkumi pencapaian hebat dalam 9 perkara iaitu Pertanian dan perdagangan (P), Sistem Pemerintahan (S), Pembentukan bandar (B), Pengkhususan Pekerjaan (K),Teknologi (T), Organisasi Sosial (O), Agama dan Kepercayaan (A), Tulisan dan penyimpanan rekod (R), Kesenian dan kesusasteraan (S)

    26 min

About Audio Pendidikan

From the publisher's feed

Himpunan Audio Pendidikan terbitan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia