
Sign up to save your podcasts
Or


Tajuk 1: Pantun Perpisahan. Tajuk 2: Pantuan Teka Teki. Tajuk 3: Syair Pesanan Ibu oleh Zurina Hasan Tajuk 4: Syair Mungkir Janji
Bahan ini disediakan untuk membantu guru dalam PdP bagi mata pelajaran Komponen Kesusasteraan Bahasa Melayu untuk Sekolah Menengah Rendah. Tajuk 1 : Pantun 2 Kerat. Tajuk 2: Pantun Kanak-kanak Tajuk 3 : Syair Badrul Zaman adaptasi oleh Rahman Shaari Tajuk 4: Syair Menyambut Pelajaran
Tajuk ini akan membincangkan tentang Wacana. Seterusnya, menerangkan secara terperinci tentang penggunaan dalam ayat. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pengukuhan berkonsepkan soalan sebenar STPM Bahasa Melayu.
Rancangan ini tentang peluasan kuasa barat di Sarawak dilakukan oleh pihak persendirian, iaitu James Brooke. Kekayaan Sarawak terutamanya sagu, antimoni dan emas menarik perhatian James Brooke untuk menguasai Sarawak. Beliau menggunakan pelbagai strategi untuk meluaskan kuasanya.
Rancangan ini mengisahkan bahawa Sarawak dan Sabah telah mempunyai sistem pemerintahan yang sistematik sebelum kedatangan kuasa Barat. Pemerintahan tempatan ini dilaksanakan bagi menjamin kelansungan kehidupan masyarakat berasaskan peraturan yang diterima oleh masyarakat ketika itu.
Rancangan ini menyenaraikan nama Negeri–negeri Melayu Bersekutu, menyatakan ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu, menjelaskan faktor-faktor Negeri-negeri Melayu Bersekutu serta fungsi Mesyuarat Negeri dan Majlis Mesyuarat Persekutuan
Arjuna rupa-rupanya menjalankan siasatan kepada Linda dan terbongkarlah hal sebenar yang mana Linda sebenarnya memomokkan penduduk Pulau Janji semata-mata untuk majikannya yang merupakan pemaju pusat pelancongan. Arjuna bangkit dan mengumpul penduduk Pulau Janji untuk kembali ke tanah mereka dan menumpaskan kegiatan penipuan orang-orang bandar yang diwakili Linda.
Tindakan Arjuna sebagai anak sulung, meninggalkan kesan yang mendalam kepada Damak sebagai Ketua Pulau. Akhirnya Damak mengalah dan turut menyuruh Aduka dan Bayu mengikut jejak Arjuna. Namun, Damak tetap enggan meninggalkan Pulau Janji. Aduka serba salah dan meyakinkan bapanya akan kesetiaannya kepada Damak. Malah, Aduka memberi semangat untuk bapanya terus bertahan.
Arjuna mengambil keputusan untuk meninggalkan Pulau Janji. Aduka cuba menghalangnya. Sebagai anak sulung, Arjuna merupakan kekuatan keluarganya. Namun, Arjuna tetap dengan pendiriannya untuk berpindah ke tanah besar. Aduka kecewa dengan sikap lepas tangan abang sulungnya.
From the publisher's feed