
Sign up to save your podcasts
Or


Rancangan ini menerangkan secara terperinci tentang teknik-teknik nyanyian lagu dangdut serta cara mengekalkan alunan lenggok nyanyian lagu dangdut. Pentaksiran secara formatif diberikan setelah selesai satu-satu sub-topik dibincangkan.
Rancangan ini menerangkan tentang teknik nyanyian asas keroncong serta bentuk-bentuk lagu keroncong. Penerangan secara terperinci tentang lenggok-lenggok asas keroncong. Antaranya ialah lenggok atau cengkok, gregel, nggandul, dan mbat.
Rancangan ini menerangkan tentang teknik-teknik nyanyian lagu ghazal serta cara mengekalkan alunan lenggok nyanyian lagu ghazal. Antara aktiviti utama melakukan pemanasan suara sebelum memulakan aktiviti nyanyian.
Rancangan ini menerangkan secara terperinci tentang teknik-teknik nyanyian lagu melayu asli serta cara mengekalkan kelembutan alunan lenggok nyanyian lagu melayu asli. Antara aktiviti penting iaitu pemanasan suara sebelum memulakan nyanyian.
Rancangan ini mengupas tentang orang yang sempurna iman serta kepentingan mempunyai iman yang sempurna.
Huraian tentang maksud sajak, tema persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran Tujuan PDPC ini adalah untuk memberi pendedahan secara langsung kepada murid tentang aspek sastera yang terdapat dalam sajak "Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus". PDPC ini juga bertujuan memberikan pesanan kepada murid-murid agar pandai menjaga diri apabila berjauhan daripada keluarga.
Rancangan ini menerangkan sejarah penubuhan, khalifah-khalifah terkenal dan sumbangannya kepada kegemilangan kerajaan Umaiyah sehingga kerajaan itu mampu memerintah selama 91 tahun dan faktor-faktor kejatuhan kerajaan tersebut.
Membincangkan tentang trend meningkat, trend menurun dan trend mendatar dalam perniagaan
Membincangkan dan menganalisis tujuh (7) faktor yang mempengaruhi keperluan mengubah visi, misi, dan objektif perniagaan.
Membincangkan 5 peranan kerajaan dalam menangani inflasi dan 3 peranan dalam menangani deflasi.
From the publisher's feed