
Sign up to save your podcasts
Or


Rancangan ini menerangkan tentang perubahan pola iklim dunia sama ada menjadi semakin panas atau menjadi semakin sejuk.
Rancangan ini menerangkan tentang kepentingan globalisasi ekonomi dalam memajukan sesebuah negara dan saling kebergantungan antara negara kepada bahan mentah, buruh, modal, pasaran dan teknologi bagi memacu kegiatan ekonomi dan kesan globalisasi.
Rancangan ini menerangkan tentang perbezaan antara konsep ekologi dan ekosistem yang terbahagi kepada dua iaitu aliran tenaga dan kitar nutrien.
Rancangan ini menerangkan tentang proses luluh hawa yang berlaku di sesebuah kawasan dengan lebih terperinci dan mendalam.
Rancangan ini menjelaskan tentang migrasi yang meliputi konsep migrasi, jenis-jenis migrasi, pola migrasi, faktor-faktor yang menpengaruhi migrasi dan kesan migrasi.
Rancangan ini membincangkan tentang kepentingan berdakwah, kupasan surah Fussilat (surah 41, ayat 33), menyelusuri gelombang dakwah semasa para anbiya hingga kini. Tuntutan beramal soleh dan berbangga menjadi muslim turut dibincangkan.
Rancangan ini menerangkan pengertian iman dan cara-cara terbatalnya iman serta kesan-kesannya diakhiri dengan cara menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan iman supaya mendapat keberkatan daripada-Nya
"
Rancangan ini menerangkan tentang akad, rukun, konsep dan syarat dalam muamalah Islam termasuk konsep dalam segala urusan perniagaan dan kewangan
Rancangan ini membincangkan tentang ketokohan empat Imam mazhab (riwayat hidup, keperibadian dan juga sumbangan) terutama tentang kesungguhan mereka menuntut ilmu dan menegakkan syiar Islam.
Rancangan ini memaparkan tentang sejarah dan tujuan penubuhan ASEAN, bentuk-bentuk kerjasama ASEAN, kejayaan ASEAN, isu dan cabaran ASEAN
From the publisher's feed