
Sign up to save your podcasts
Or


Rancangan ini membincangkan tentang bacaan ayat kefahaman An-Nur: 58-59 Murid akan mengetahui tentang tuntutan hukum, sebab serta kaedah mengamalkan adab-adab pergaulan dalam rumah
Rancangan ini membincangkan perincian konsep muamalat dalam Islam termasuk sumbangan prinsip dan etika, perkara-perkara yang dilarang dan menyalahi prinsip serta penerokaan terhadap kepentingan muamalat Islam dalam kehidupan
Rancangan ini membincangkan tentang pengertian U’quudut Tabarru’aat secara umum dan perincian dua jenis Akad Tabbaru’ (Al-Kafalah dan Ar-Rahnu) dari segi bahasa, istilah, dalil keharusan, rukun, syarat akad serta contoh-contohnya
Rancangan ini membincangkan secara terperinci tentang 3 jenis Akad Tabbaru’ dari segi bahasa dan istilah, dalil keharusan akad, rukun dan syarat akad
Rancangan ini membincangkan tentang solat, ibadah wajib dipatuhi dan menjadi penghubung antara manusia dengan Pencipta-Nya, tuntutan hukum berdasarkan hadis, pengertian syak dalam solat, istinbat hukum, huraian situasi dan penyelesaiannya.
Episod ini mempunyai empat segmen iaitu TIPS BELAJAR HEBAT, MEMILIH KERJAYA, KUASA CINTA IBUBAPA dan FIKIRKAN BOLEH. Dengarkan bicara beliau yang mampu membantu pelajar untuk menghadapi peperiksaan, membuat keputusan untuk masa depan dan berjaya dalam cita-cita.
Rancangan ini tentang interaksi antara sistem dan saling kebergantungan sistem fizikal seperti sistem geomorfologi berinteraksi dengan sistem hidrologi, sistem hidrologi berinteraksi dengan sistem atmosfera, sistem atmosfera dengan ekologi dan sistem ekologi dengan sistem geomorfologi.
Tajuk Drama Hadiah ini akan menceritakan tentang kesempitan hidup akibat kehilangan ketua keluarga. Fauziah dan anak-anaknya Hayati dan Farid mengalami kesempitan hidup akibat kehilangan ayah mereka, iaitu Sarjan Akhbar yang gugur ketika bertempur di sempadan. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang sipnosis, tema dan persoalan, serta nilai dan pengajaran. Tajuk ini di akhiri dengan latihan pengukuhan berkaitan komponen sastera dalam drama yang telah dipelajari.
Kemerdekaan negara adalah hasil perjuangan para pemimpin yg mengetepikan perkauman dan kepentingan peribadi. Sebagai sebuah negara merdeka yg bersifat majmuk, jalinan semangat perpaduan dan keharmonian harus diperkukuhkan dalam mempertahan kemerdekaan daripada sebarang anasir luar yg ingin menghancurkan.
Rancangan ini menerangkan tentang interaksi sistem fizikal dan sistem gunaan manusia yang menjelaskan saling kebergantungan antara sistem fizikal dengan sistem gunaan manusia yang akan membawa kepada kesan positif dan negatif.
From the publisher's feed