Diskusi 8.30 pagi berkenaan keperluan ahli politik mengetepikan perbezaan ideologi, dan mula bekerja untuk kebajikan serta kesejahteraan rakyat yang kini berdepan isu kos sara hidup. Ikuti diskusi bersama Prof Madya Dr. Firdausi Suffian, Pensyarah Kanan Politik Ekonomi UiTM Sabah.
Dengan hanya baki kurang 24 jam sebelum pengundian esok, bagaimana parti-parti politik menggerakkan kempen pecutan akhir untuk meraih undi. Ikuti diskusi bersama Prof. Datuk Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia.
Ikuti diskusi bersama dua tetamu, TS Dr Amirudin Abdul Wahab, CEO CyberSecurity Malaysia dan Nadzeem Abd Rahman, Pengarah Eksekutif Aerosea Exhibitions Sdn Bhd mengenai bagaimana untuk memahami manfaat kerjasama antarabangsa dalam keselamatan siber terhadap ekonomi digital.
Diskusi 8.30 pagi melihat kewajaran di sebalik cadangan pembukaan sekolah khas untuk pelajar dari golongan miskin. Bersama Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ikuti perkembangan proses pengundian awal, melibatkan anggota tentera, polis dan pasangan mereka di enam negeri memilih bersama wartawan Astro AWANI di Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang.