Di sebalik tradisi melakukan urus niaga secara ‘berbisik’, namun apa sebenarnya nilai yang ingin dipertahankan dan penambahbaikkan infrastruktur yang sepatutnya dilaksanakan di Pasar Bisik, Kuala Muda dekat Kedah? Pantau Kos Sara Hidup 8.30 pagi.
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Hafizi Rosli; 1. Hasil kajian EMGC: Apa pilihan pengundi DUN Selangor? 2. Sekolah khas untuk golongan paling miskin bakal diperkenal 3. Kelahiran anak luar nikah membimbangkan
Kenaikan kadar elektrik sejak kebelakangan ini dikaitkan dengan penggunaan tinggi ketika cuaca panas. Namun, pengguna boleh menanganinya dengan mengamalkan gaya hidup cekap tenaga. Ikuti penjelasan Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad, Kamal Ariffin A. Rahman dalam Awani Pagi.
Diskusi hari ini akan melihat sejauh mana gaya hidup jadi hambatan sara hidup. Ikuti perbincangan bersama Dr Mustazar Mansur, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Isu poket anak muda, pekerjaan dan keusahawanan terus jadi dilema anak muda terutama berada di luar bandar. Fokus Kos Sara Hidup langsung dari Pasar Berek 12, Kota Bharu
Persidangan Keilmuan Budaya Tahun 2023 merupakan persidangan yang menggabungkan Falsafah Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) dan juga konsep Malaysia Madani menerusi sudut pandang ilmuwan budaya, budayawan, pemain industri, NGO, pihak media kerajaan dan swasta serta generasi muda terutama wakil-wakil pertubuhan belia dan para mahasiswa.
Ikuti fokus perbincangan mengenai kehangatan kempen di Negeri Sembilan, bersama Ridauddin Daud, serta analisis lanjut mengenai Pilihan Raya Negeri, bersama Mujibu Abdul Muis, Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA.
#AWANInews #6NegeriMemilih
28 min
About AWANI Pagi
From the publisher's feed
Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita penting untuk memulakan hari anda.