AWANI Pagi

AWANI Pagi

By AWANI PagiNewsDaily News
Download on the App Store

AWANI Pagi episodes

  • AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 Jun 2023]
    Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Harits Asyraf Hasnan & Geegee Ahmad 

    Antara fokus AWANI Pagi

    - 40% subsidi dinikmati golongan kaya - PM Anwar

    - RUU kawalan merokok dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

    - Hala tuju pelbagai pengendali perkhidmatan rel akan ditetapkan selepas kajian - MOT
    27 min
  • AWANI Pagi: Kerjasama kumpulan UMW & Yayasan Hijau ke arah kelestarian alam
    Menjaga kelestarian alam adalah komitmen bersama untuk generasi di masa depan. Hala tuju dan kerjasama pelbagai agensi yang prihatin dalam hal ini menyokong inisiatif yang murni ini turut sama penting demi warisan akan datang terus terpelihara. Ikuti diskusi bersama Amin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Hijau Malaysia dan Zailani Ali, Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan UMW, 8.30 pagi nanti.
    19 min
  • AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Jun 2023]
    Ikuti diskusi menarik penyampai Geegee Ahmad dan Nur Syazwani Saifulsham bersama dua tetamu, Hairul Abdullah, Penyelaras Biodiversiti dan Pemulihan Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Hutan Hujan Tropika (TRCRC) Banun, Perak dan Pengurus Program Team, Selangor Youth Community, Aiman Syafiq Nazri membincangkan mengenai Anugerah Princes's Trust Sustainability for Asia 2022, sebuah organisasi global diasaskan Raja Charles III bagi menyokong golongan belia seluruh dunia menangani krisis pengangguran global.
    28 min
  • Pantau Kos Sara Hidup: Mengekalkan Motivasi Belajar Ketika Kenaikan Kos
    Sejak 2020, dianggarkan hampir 500,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menyambung pengajian ke peringkat tinggi. Kenaikan kos sara hidup termasuk kos pengajian, antaranya punca mereka memilih untuk menceburi bidang pekerjaan. Ikuti diskusi bersama Ahli Parlimen Muar dan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abd Rahman mengenai usaha mengekalkan motivasi untuk meneruskan pengajian, di tengah-tengah kenaikan kos.

    #AWANInews #SPM2022
    30 min
  • AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [08 Jun 2023]
    Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham, bersiaran langsung dari SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur sempena pengumuman keputusan SPM 2022. 

    Ikuti diskusi bersama Yang Dipertua PIBG SMK Convent Bukit Nanas, Alice Suriati Mazlan, berkaitan peranan ibu bapa membantu mengenal pasti potensi calon SPM untuk menentukan hala tuju mereka kelak.
    27 min
  • Pantau Kos Sara Hidup: Kertas Putih Kesihatan Manifestasi Kehidupan Rakyat
    Kertas Putih Kesihatan yang bakal menjadi permulaan perjalanan reformasi sistem kesihatan Malaysia ke arah yang lebih mampan dan berdaya saing diharap dapat menyerlahkan manifestasi kehidupan rakyat. Apa reformasi terpenting yang diperlukan ketika ini? Ikuti diskusi bersama Prof Madya Dr Malina Osman, Pakar Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia

    #AWANInews
    26 min

About AWANI Pagi

From the publisher's feed

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita penting untuk memulakan hari anda.