AWANI Pagi

AWANI Pagi

By AWANI PagiNewsDaily News
Download on the App Store

AWANI Pagi episodes

  • Awani Pagi: Memahami antena dan radiasi
    Profesor RF dan Gelombang Kejuruteraan Mikro, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Mohamad Kamal A Rahim mengupas isu teknologi yang menarik di mana bagaimana untuk memahami dengan jelas perkaitan antara antena dan radiasi khususnya dalam aspek komunikasi mudah alih.


    30 min
  • Pantau Kos Sara Hidup: Pekerja berkemahiran layak dapat bonus setimpal
    Pekerja berkemahiran antara yang menjadi tunjang kepada pertumbuhan prestasi syarikat, namun adakalanya sumbangan mereka ini diabaikan.

    Diskusi bersama Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani, 8.30 pagi nanti untuk melihat saranan supaya golongan pekerja berkemahiran diberi bonus setimpal dengan peranan mereka.

    #AWANInews
    29 min
  • AWANI Pagi: Inspirasi budaya dalam rekaan fesyen lestari
    Yayasan Pendidikan & Vokasional Wanita Malaysia serta MFCA Creative Consultancy, menganjurkan Anugerah Fesyen Kreatif Malaysia, berkonsepkan rekaan lestari yang menggabungkan inspirasi warisan dan budaya Malaysia. 

    Ikuti diskusi bersama tiga panel masing-masing Presiden & Pengasas MFCA, Rashid Hamid, Pengarah Program School Living Skills Nur Azrin Abu Bakar serta finalis MFCA, Saerah Ridzuan, 7.30 nanti.
    27 min
  • AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [28 Mei 2023]
    Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Afiezy Azaman & Fahmi Izzuddin

    Antara fokus AWANI 

    - Fahami, hayati, amal doktrin Raja Berperlembagaan demi kerajaan yang stabil - Sultan Nazrin

    - 'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan' tema Hari Kebangsaan 2023

    - PM seru anak muda bangkit selamatkan negara dengan ilmu, budaya membaca

    #AWANInews
    25 min
  • Pantau Kos Sara Hidup: Subsidi galak guna tenaga boleh diperbaharui
    Keputusan kerajaan mengurangkan subsidi elektrik kepada T20, mendapat pelbagai reaksi balas. Untuk mengimbangi pemberian bantuan, ada pihak menyarankan kerajaan memberi subsidi untuk menggalakkan tenaga boleh diperbaharui. Apakah ini boleh dilaksanakan? 

    Ikuti pandangan Datuk Ir Guntor Tobeng, Pengasas Gading Kencana dalam diskusi 8.30 pagi nanti.


    #AWANInews
    27 min
  • Pantau Kos Sara Hidup: Pengurusan hutan elak muflis pada usia muda
    Membuat pinjaman peribadi dan kereta adalah penyebab utama golongan muda muflis semata-mata mahu memenuhi keperluan gaya hidup yang melangkaui kemampuan mereka. 

    Pendedahan baru-baru ini turut menyokong senario itu di mana daripada 13,073 individu yang diisytiharkan bankrap , majoriti adalah kumpulan belia yang berusia 35-44 tahun. 

    Bagaimana keadaan ini boleh diuruskan dengan bijak? Bolehkah anak muda menukar gaya hidup mengelakkan hal ini berterusan? Nantikan kupasannya bersama Pempengaruh Kewangan, Azraei Muhamad, 8.30 pagi nanti.


    #AWANInews
    29 min

About AWANI Pagi

From the publisher's feed

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita penting untuk memulakan hari anda.