Penyampai Fahmi Izzuddin dan Azib Zikry membawakan perkembangan terkini banjir di Pantai Timur bersama tetamu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz dan Pengasas NGO ThirdForce, Raja Shamri Raja Hussin serta dua mangsa banjir masing-masing dari Tumpat dan Kuala Krai, Kelantan.
Diskusi Awani Pagi turut menumpukan isu kepentingan dan peranan air untuk kelestarian masyarakat bersama tetamu Izan Aziati Samsuri, Pengarah Kanan, Bahagian Pelesenan dan Tarif, SPAN dan Abd Rashid Ab Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat Air Melaka Berhad.
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman dan Fahmi Izzuddin mengupas dua topik, satu, mengenai pemerkasaan wanita menerusi insiatif Maggi Wanita Cukup Berani 2023 bersama tetamu Anne Idris, Mentor Keusahawanan Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI (sejak 2020) dan Nur Hidayah Jeffri, Juara Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI Musim Pertama (2021).ย
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman dan Fahmi Izzuddin menumpukan kepada laporan perkembangan terkini banjir khususnya di Pantai Timur dengan tetamu DCP Datuk Mohd Khairi Khairuddin, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Wan Zalilah Shafie, Penyelaras Third Force Pasir Mas.
Fokus AWANI Pagi bersama Syazwani SaifulSham dan Fahmi Izzuddin membawakan perkongsian berkenaan penerapan nilai integriti dalam kalangan kanak-kanak dan peranan Ibu dan Bapa dalam memastikan nilai Integiriti itu menjadi pemacu kepada pembangunan modal insan yang baik.
Pengantunan seksual termasuk tindakan persediaan awal yang dilakukan oleh pelaku dewasa terhadap mangsa kanak-kanak dengan menjalinkan hubungan mesra bagi tujuan melakukan jenayah pada masa hadapan. Ikuti perbincangan lanjut dalam AWANI Pagi.
Bagaimana wajak buku di tahun baharu 2024? Adakah trend buku 'healing' akan terus dapat sambutan? Kupasannya bersama Zamri Mohamad, Penulis, Pembimbing Penulisan Buku & Aktivis Buku dalam Awani Pagi 8.30 nanti.
Diskusi 8.30 pagi Isnin bersama Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, pencinta seni muzik Gamelan Melayu, yang berkongsi mengenai keindahan seni muzik Gamelan Melayu yang menjadi lambang kepada pembudayaan masyarakat Melayu.
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
๐ PM: Kebersamaan rakyat dituntut agar negara terus membangun ๐ Peningkatan kes COVID-19 di Malaysia bukan situasi cemas ๐ Mat Sabu kekal Presiden Amanah, Mujahid, Timbalan Presiden
27 min
About AWANI Pagi
From the publisher's feed
Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita penting untuk memulakan hari anda.