Penyampai Afiezy Azaman & Azib Zikry bersama penganalisis politik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abdul Muis untuk melihat mengenai kewajaran mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan selepas syor itu mendapat perhatian apabila DAP Wilayah Persekutuan menggesa ia dikembalikan semula di peringkat bandaraya Kuala Lumpur.
Wakil Astro AWANI di Kelantan, Muhafandi Muhamad dan wakil Astro AWANI di Terengganu akan membawakan perkembangan terkini banjir di kawasan mereka, termasuk usaha digerakkan badan sukarela untuk membantu mangsa.
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Geegee Ahmad ;
📌 Pegawai polis terlibat kes langgar pelajar akan ditahan kerja - KPN 📌 MOT bakal perkenal perkhidmatan van ‘on-demand’ - Loke 📌 Cukai jualan 10 peratus ke atas barang dalam talian bawah RM500 dikenakan mulai 1 Jan 2024
Siaran luar dari Kuala Pilah bersama Nicole Tan Lee Koon, Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan berkongsi mengenai pesta bola NGOCA yang dilihat berupaya merancakkan sektor pelancongan budaya di Negeri Sembilan.
Siaran luar dari Kuala Pilah , Negeri Sembilan bersama penyampai Fahmi Izzuddin dan Azib Zikry meneroka kelainan, keistimewaan dan apa yang menarik tentang budaya serta adat pepatih yang masih diteruskan sehingga hari ini bersama Lembaga Kanan Luak Terachi, Dato Raja Dimuda Ahmad Awaludin.
Selain musim tengkujuh, kegembiraan musim cuti sekolah kini kian dirasai. Tetapi tetap waspada terhadap aktiviti-aktiviti 'healing' bersama keluarga di Taman Eko Rimba.
Ikuti perbincangan wartawan Astro AWANI Azib Zikry bersama wakil Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
Diskusi 8.30 pagi ini bersama dua penjelajah negara, Khairul Aslam Ab Rasid dan Hannah Kamaruzaman berkenaan Ekspedisi Jelajah Suhu Ekstrem di utara India.
Antara fokus Awani Pagi bersama Fahmi Izzuddin & Geegee Ahmad;
📌 PM Anwar pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama pascarombakan 📌 J-KOM kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi 📌 Polis jumpa stoking dalam takungan air berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan
29 min
About AWANI Pagi
From the publisher's feed
Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita penting untuk memulakan hari anda.