Setakat hari ni jam 12 tengahari, jumlah keseluruhan pesakit COVID-19 sebanyak 3,116 kes. Ikuti sidang media Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Antara syarat-syarat pergerakan yang dibenarkan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ialah radius tidak melebihi 10 kilometer bagi mereka di kawasan tempat jangkitan ke tempat jangkitan yang lain, tanpa disertai orang lain.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu bahawa masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini akan diteruskan atau tidak selepas 14 April.Katanya, ia mungkin hanya akan diumumkan pada 10 April nanti.
Untuk tempoh dua minggu ini, Kementerian Kesihatan menjangkakan ia akan menjadi tempoh yang paling kritikal berikutan kepulangan warga Malaysia dari luar negara.
Demikian itu, pihak kerajaan ambil langkah cegah awal dengan mengenakan kuarantin dua minggu agar boleh menfokuskan mereka yang berada di zon merah.
Ikuti sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan perkembangan terkini sekatan pihak penguatkuasa semasa Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan kes COVID-19 di seluruh dunia kini dijangka mencapai angka seramai 1 Juta orang dalam beberapa hari mendatang.
5 min
About AWANI SoundByte
From the publisher's feed
AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.