Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan terima kasih kepada para doktor dan petugas perubatan atas usaha berani memerangi wabak COVID-19.
Sempena sambutan Hari Doktor Sedunia,Tun Mahathir menyifatkan usaha murni mereka itu adalah langkah berani kerana sanggup mendedahkan diri kepada bahaya wabak tersebut.