AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 539: Di sebalik 'Apo Nak Dikato'
    Lagu lagenda nyayian Blues Gang ini masih segar di ingatan meskipun ia telah dinyanyi lebih 30 tahun dulu. Penyanyinya Ito mengimbas kembali bagaimana terhasilnya lagu tersebut dan cerminannya kepada masyarakat setempat dan Malaysia secara keseluruhannya.
    6 min
  • 538: Malaysia mahu jual kapal Equanimity secepat mungkin - Tun Mahathir
    Kerajaan akan menjual kapal persiaran mewah Equanimity yang berlabuh sejak Selasa lepas di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang dengan secepat mungkin.
    Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, cadangan penjualannya juga akan diklankan di seluruh dunia.
    Ikuti sesi soal jawab antara wartawan dan Tun M sebaik sahaja beliau selesai meninjau kapal persiaran mewah itu.
    12 min
  • 537: 60 tahun merdeka, perpaduan masih jadi isu?
    Penulis buku 'Reflections on Malaysian Unity and Other Challenges', Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Dr. Chandra Muzaffar mengupas mengenai isu perpaduan dan penggunaan bahasa Malaysia sebagai ramuan kejayaan negara di masa hadapan.
    Beliau turut menyentuh faktor kemenangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pasukannnya pada pilihan raya lepas.
    18 min
  • 531: Bina Semula: Sistem Jalur Lebar Negara
    Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Gobind Singh Deo menyatakan dengan jelas bahawa kerajaan komited untuk separuhkan harga internet, dan menggandakan kelajuannya.
    Ikuti bagaimana kerajaan ingin menzahirkan hasrat ini, di dalam program Bina Semula bersama Ibrahim Sani.
    14 min
  • 536: Sensasikan isu agama bukan faktor menarik dalam sesebuah kerajaan - Sultan Nazrin
    Dengarkan titah penuh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika majlis pelancaran buku 'Reflections on Malaysian Unity and Other Challenges' yang merupakan kompilasi tulisan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Dr. Chandra Muzaffar dan diterbitkan  Zubedy (M) Sdn Bhd.
    Baginda antara lain dalam titahnya menyentuh kaedah untuk mendapatkan sokongan dengan mensensasikan isu-isu agama dan kaum semakin kurang berkesan sebagai faktor daya penarik di dalam sesebuah kerajaan.
    25 min
  • 535: Sasaran pingat emas di Sukan Asia Palembang, ini jawapan Syed Saddiq
    Dengarkan jawapan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ditanya mengenai jaminan kerajaan terhadap keselamatan kontijen Malaysia di Sukan Asia Palembang dan sasaran pingat emas pada temasya itu.
    Beliau turut ditanya mengenai tindakan kerajaan selepas kejadian menghina maruah negara oleh penyokong Indonesia di Kejohanan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) B16 baru-baru ini.
    6 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.