AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 519: Dewan Rakyat : Bacaan kali kedua RUU SST
    Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Dewan Rakyat.
    Beliau turut menyenaraikan antara barangan yang tidak dikenakan SST sekiranya undang-undang tersebut dilaksanakan kelak.
    17 min
  • 521: Dewan Rakyat : Bung Mokhtar mengamuk, mencarut
    Persidangan Dewan Rakyat hari ini terus dicemari dengan kata-kata kesat, termasuk perkataan lucah ‘F*** Y**’ ketika Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dibentangkan untuk bacaan kali kedua.
    Pertelingkahan bermula apabila Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah ucapan perbahasan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau) mengenai harga barang dan perkhidmatan sekiranya Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan diperkenalkan semula.
    5 min
  • 509: Pemilihan pimpinan PKR, semakin hangat
    Menjelang pemilihan PKR, melihat kepada senarai pencalonan boleh dikatakan pertandingan kali ini dijangka hebat dan tidak boleh dinafikan wujudnya kem. Wujudkah kem Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga kem Datuk Seri Azmin Ali?
    Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil melihat dengan lebih dekat pemilihan kali ini dan turut mendapatkan reaksi bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof.
    6 min
  • 508: Kita sedang kembalikan semula 'Asian Tiger' - Tun Dr Mahathir
    Kerajaan tidak akan mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat malah akan memperbaiki taraf kehidupan semua kaum semampu mungkin.
    Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perubahan sedang dilakukan ketika ini dengan pelbagai perancangan yang telah direncana dan dilaksana bagi kebaikan rakyat.
    Ikuti ucapan penuh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 4 Ogos 2018.
    11 min
  • 510: Mansuh SOSMA: Hanipa cabar Zahid berdebat
    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin sekali lagi mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berbahas mengenai isu pemansuhan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Malah beliau juga mahu perbahasan itu ditayangkan di saluran berita Astro AWANI.
    Adakah dengan pemansuhan SOSMA akan membuka ruang kepada lebih banyak jenayah terancang dan menggugat keselamatan negara?
    9 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.