AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 500: Kesedaran umum pencegahan HFMD
    Orang ramai perlu memberi perhatian serius kepada saranan pihak berkuasa kesihatan agar mengambil langkah berjaga-jaga dan bertindak sewajarnya terhadap Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD).
    Hakim Rahman mendapatkan reaksi Pakar Pediatrik dan Neonatalogi, Dr Masri Muhamed berkenaan langkah pencegahan HFMD.
    5 min
  • 494: Pemilihan PKR : Anwar berpihak pada siapa?
    Menjelang pemilihan PKR 2018, Prof Madya Dr Awang Azman menganalisis pertandingan di antara dua tokoh hebat dalam PKR iaitu Datuk Seri Azmin Ali dan Rafizi Ramli.
    Calon tunggal Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpihak kepada siapa untuk pemilihan kali ini?
    15 min
  • 496: Parlimen : Mat Sabu dedah kos sebenar PLKN
    Menteri Pertananan Mohamad Sabu mendedahkan kos sebenar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak mula ia dilaksanakan pada tahun 2004 di Dewan Rakyat hari ini.
    Beliau berkata, kementerian sendiri akan melakukan kajian bagi mengenalpasti implikasi penutupan program berkenaan, serta penambahbaikan yang mungkin boleh dilakukan sekiranya ia boleh diteruskan.
    5 min
  • 495: Bina Semula: Program TVET (Bahagian 2)
    Adakah pengajian vokasional dan teknikal sesuatu yang lebih mulia atau hina berbanding pengajian akedemik? Ibrahim Sani cuba merungkai isu stigma dan bagaimana Malaysia boleh mengubah persepsi pengajian TVET ini?
    0:24 - YB Nurul Izzah Anwar, Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET
    2:21 - Raja Azura Raja Mahayuddin, Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju
    15 min
  • 497: Pelaksanaan gaji minimum : Apa cabarannya?
    Perintah gaji minimum baharu dijangka akan diwartakan pada bulan Ogos 2018\. Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran berkata kadar gaji minimum ini akan dikaji setiap dua tahun dan dijangka mencapai tahap RM1,500 dalam tempoh 5 tahun.
    Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Prof Dr Zakariah Abdul Rashid melihat cabaran pelaksanaan gaji minimum ini dan bagaimana kesannya kepada majikan di Sabah dan Sarawak.
    12 min
  • 489: Menteri : 4 sebab gaji minimum tidak dapat dilakukan serta-merta
    Perintah berhubung kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan dijangka diwartakan pada bulan ini, kata Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran hari ini.
    Menurutnya, perkara itu, yang dijanjikan Pakatan Harapan di dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, akan dikaji setiap dua tahun.
    Beliau turut menjawab soalan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hassan Ariffin di Dewan Rakyat mengenai kenapa gaji minimum tidak boleh dilakukan serta-merta.
    7 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.