AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 492: Azmin : Khazanah jual baju dalam, rugi RM80juta
    Beberapa pelaburan yang dilakukan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) menuntut kerajaan kini untuk meletakkan kembali syarikat tersebut ke landasan asalnya.
    Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata antara tindakan yang menimbulkan persoalan adalah pelaburan ke dalam syarikat penjualan baju dalam wanita atas talian.
    Azmin berkata demikian sebagai respon kepada Datuk Seri Najib Tun Razak (BN - Pekan) yang mempersoalkan apakah sebab Khazanah disifatkan sebagai lari daripada tujuan asalnya oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
    6 min
  • 477: Dian (Episod 2): Ubah kemiskinan bandar bermula dengan hati nurani, pemikiran
    Program Dian kali ini akan paparkan kegigihan seorang anak untuk menyara kedua ibu bapanya yang sudah tidak mampu bekerja.
    Dian juga akan bersama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh mengenai apa perancangannya untuk membela nasib kanak-kanak dan wanita dari keluarga berpendapatan rendah.
    Turut berkongsi cerita ialah ADUN Seberang Jaya Dr. Afif Bahardin dan Pengasas RIGHTS Foundation Yusmadi Yusoff.
    13 min
  • 479: KKM pertimbang vaksin cegah HFMD
    Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menimbang beberapa syor medium pencegahan dan kuratif penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
    Mengambil contoh penggunaan vaksin, Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata kajian terperinci perlu dilakukan sebelum ia diguna pakai secara meluas.
    5 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.