AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 480: Selepas lebih 4 tahun, misteri MH370 terjawab?
    Pasukan Penyiasat tidak menolak kemungkinan campur tangan pihak ketiga (third party intervention) antara punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac 2014.
    Ketua Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia bagi MH370, Datuk Kok Soo Chon, Pasukan Penyiasat telah meneliti semua laporan dan dakwaan di semua platform berita dan juga media sosial.
    Bersama bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Malaysia, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mengulas.
    14 min
  • 468: Harimau Malaya diambang kepupusan?
    Berbanding pada tahun 1950 an, Harimau Malaya yang terdapat di sekitar Malaysia dan serata dunia berjumlah tiga ribu ekor. Kini pada tahun 2018, hanya terdapat kurang dari 350 ekor Harimau Malaya yang masih wujud.
    Bagaimana untuk memastikan haiwan ikon negara ini dapat dipulihara kewujudannya untuk generasi akan datang?
    1:17 - Dr Mark Rayan Darmaraj, Ketua Landskap Harimau WWF, Malaysia
    4 min
  • 466: Dian (Episod 1): Memahami cabaran pendidikan kalangan keluarga berpendapatan rendah
    Astro AWANI akan memaparkan pelbagai usaha yang dilaksanakan pelbagai pihak dalam membanteras kemiskinan bandar menerusi program Dian.
    Episod kali ini kami paparkan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dalam usaha beliau memahami cabaran pendidikan kalangan keluarga berpendapatan rendah dalam bandar.
    Turut ditampilkan pakar kecergasan Kevin Zahri, pakar dasar sosial UNICEF Dr. Amjad Rabi dan Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia Datuk Dr. Raj Karim.
    15 min
  • 465: Quantum Leap: 'Krypto'
    'Matawang' yang tiada bentuk fizikal, tiada nilai sebenar & tiada bank pencetak ini pada mulanya tidak dihiraukan oleh kerajaan dan bank pusat di serata dunia.
    Tetapi dengan nilai dan peranannya yang semakin meningkat dalam pasaran kewangan global, perlukah pihak berkuasa menilai semula pendirian mereka?
    14 min
  • 469: Dr Asri : Kerajaan perlu tumpu pembangunan Islam, bukan isu 'Sajat'
    Kerajaan disaran memberi fokus kepada pengurusan negara dan masyarakat serta mengangkat syiar Islam. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata isu seks songsang LGBT, mazhab dan lainnya bukan tanggungjawab tunggal kerajaan sebaliknya isu-isu tersebut boleh dilakukan oleh golongan agamawan seperti ustaz dan ustazah.
    Kerajaan Pakatan Harapan juga disaran menjadi buta mazhab agar masyarakat Islam khususnya dilayan secara adil. Ujar Mohd Asri, Islam tidak boleh dipecahkan mengikut versi pemikiran politik.
    Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Wacana Sinar Harian ke-66 berjudul Islam di Era Pakatan Harapan.
    4 min
  • 471: Rangkuman jawapan Tun M di Dewan Rakyat (30 Julai 2018)
    Berikut merupakan rangkuman jawapan Tun M kepada para wartawan di Dewan Rakyat pada hari ini.
    0:08 - Dakwaan 'tujuh agensi dibubar'
    0:48 - Bukan promosi komunis tapi rakyat perlu tahu
    1:22 - Tindakan kerajaan berkenaan situasi di Lombok
    1:45 - Proses ekstradisi Sirul Azhar
    2:08 - Pemain 'naturalisasi' dalam pasukan bola sepak kebangsaan
    5 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.