AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 462: Guan Eng: Tawar diri letak jawatan keputusan mereka sendiri
    Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, penawaran Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd untuk meletak jawatan adalah keputusan mereka sendiri.
    Guan Eng berkata, Kabinet tidak pernah membincangkan perkara itu.
    Luqman Hariz melihat kembali antara pencapaian dan prestasi Khazanah Nasional sejak mula ditubuhkan pada 1993.
    7 min
  • 462: Ubah minda atau pupus seperti dinosaur
    Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini mengulas mengenai titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada hujung minggu lepas.
    Bagaimana melihat realiti semasa dapat dikaitkan dengan titah baginda yang penuh dengan analogi-analogi menarik dan adakah Melayu dilihat terlalu selesa dengan kedudukan mereka sehingga seolah-olah mereka mengabaikan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka?
    10 min
  • 462: Inovasi Ekonomi Malaysia baharu
    Bersama Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan / Ketua Laboratori Kaedah Kuantitatif Analisis Dasar, Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, UPM Dr. Mohd Yusof Saari dan Pakar Reformasi Teknologi, Datuk Nik Ahmad Faizul membincangkan soal inovasi ekonomi era Malaysia baharu.
    29 min
  • 462: AWANI Kelantan: Kelantan bimbang janji royalti tidak dapat dikotakan
    Kerajaan Kelantan bimbang janji royalti oleh kerajaan Persekutuan tidak dapat dikotakan. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar Nik Abdullah berkata berdasarkan perjanjian yang ditandatangani sebelum ini Kelantan hanya menuntut lima peratus royalti petroleum di kawasan pembangunan bersama.
    Namun kerajaan Pakatan Harapan berjanji untuk membayar royalti 20 peratus. Jumlah itu dilihat terlalu besar dari kemampuan kerajaan.
    6 min
  • 465: Hala tuju Khazanah era Malaysia baharu
    CEO Hermana Capital Berhad, Datuk Dr Nazri Khan mengulas mengenai hala tuju Khazanah Nasional era Malaysia baharu dan bentuk pelaburan-pelaburan yang bagaimanakah yang perlu diberi perhatian oleh Khazanah di masa hadapan.
    26 min
  • 459: AWANI Sabah: Pokok hutan tropika tertinggi dunia ditemui di Sabah
    Berkeluasan 27,972 hektar Taman Bukit Tawau merupakan hutan jenis tropika yang kini menarik tumpuan antarabangsa dengan penemuan pokok tropika tertinggi di dunia baru-baru ini.
    Misi pencarian dan penyelidikan pokok tropika itu juga dijayakan pihak Taman-Taman Sabah bersama pihak pengurusan Taman Bukit Tawau atas arahan Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr. Jamili Nais bermula Januari 2018\.
    5 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.