AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 452: Unjuran 6.0% pertumbuhan KDNK 2018, mustahil atau tidak?
    Kerajaan mensasarkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada tahun ini kepada 5.5-6.0 peratus. Berpandukan kepada keadaan ekonomi semasa dan pelbagai isu domestik yang ada di dalam negara sekarang mampukah sasaran ini dicapai?
    Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid mengulas.
    7 min
  • 458: Kenapa Perlis gagal dikuasai Pakatan Harapan?
    Perlis merupakan sebuah negeri terkecil di Malaysia dengan hanya tiga kerusi Parlimen dan 15 kerusi DUN dipertandingkan pada PRU14 yang lalu. Mengapa begitu sukar untuk Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri ini?
    Bersama Ahli Parlimen Kangar, Amin Ahmad untuk melihat dengan lebih dekat faktor kejayaan Pakatan Harapan menang di hanya satu kerusi Parlimen di negeri berkenaan.
    10 min
  • 457: Lembaga Pengarah Khazanah tawar letak jawatan
    Khazanah Nasional Berhad, Khazanah mengesahkan laporan tawaran peletakan jawatan semua Ahli Lembaga Pengarah termasuk Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar.
    Ikuti ulasan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd Datuk Dr Nazri Khan
    5 min
  • 446: Penganalisis : Perlu rapatkan jurang kaya dan miskin
    Kajian semula dasar ekonomi baharu (DEB) dan model ekonomi baharu (MEB) tidak akan kurangkan hak istimewa Melayu dan bumiputera.
    Namun ia lebih dilihat langkah untuk merapatkan jurang antara golongan kaya dan berpendapatan rendah, tanpa mengira kaum, tegas Penganalisis Ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai.
    5 min
  • 449: Membawa Kuala Lumpur ke tahap baru
    Apa yang diperlukan untuk Kuala Lumpur menjadi bandar masa depan?
    Ketua Pegawai Eksekutif Genovasi Malaysia, Datuk Lee Yew Meng menarik perhatian, apa yang penting bukan pembangunan fizikal, teknologi canggih atau perbandaran yang pesat.
    4 min
  • 448: Wong Chen : Pemikiran baharu dan kematangan dalam berpolitik
    Sepanjang Parlimen bersidang, rakyat ingin melihat pemikiran baharu dan kematangan politik dari Ahli Parlimen yang telah dipilih.
    Bagaimanapun isu kehadiran masih lagi menjadi tumpuan dan bagaimana untuk menggalakkan kehadiran lebih ramai Ahli Parlimen ke Dewan Rakyat?
    Ikuti wawancara Ashwad Ismail bersama Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menilai dan meneliti kematangan berpolitik era Malaysia baharu.
    7 min
  • 450: Dr. Radzi Jidin : Ke mana RM40bilion hasil kutipan GST?
    Dzulfitri Yusop mendapatkan penjelasan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Radzi Jidin berkenaan isu sebenar yang dihadapi pentadbiran sebelum ini.
    Ke manakah hasil GST RM40bilion yang dikutip kerajaan terdahulu disalurkan?
    Bagaimanakah hasil kekayaan negara dapat dirasa secara seimbang oleh semua lapisan rakyat?
    8 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.