AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 204: Perbandingan GST dan SST?
    GST sifar akan berkuat kuasa bermula hari ini. Ramai yang mengandaikan pelaksanaannya akan membawa kepada penurunan harga barang. Tapi ia tidak semestinya kerana ia bergantung kepada barang terbabit.
    Ini perbandingan mudah di antara GST dan SST. Bersama Cynthia Ng dan Luqman Hariz.
    6 min
  • 203: Dari GST ke SST
    Kertas cadangan mengenai kaedah pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dikemukakan kepada kerajaan dalam tempoh dua minggu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin.
    Beliau berkata sistem SST yang akan diperkenalkan semula itu akan mempunyai sedikit pembaharuan untuk menjadikannya lebih cekap dengan matlamat utama untuk menurunkan harga barangan untuk rakyat.
    Pengarah Eksekutif MIER, Profesor Emiratus Dr Zakariah Abdul Rashid mengulas lanjut.
    9 min
  • 9: Fauzi Rahman: 3 perkara kenapa UMNO sangat berjasa kepada Malaysia
    Datuk Fauzi Abdul Rahman masuk PKR pada tahun 2008, dan kini adalah Pengerusi PKR Pahang. Tetapi sebelum ini, beliau pernah menjadi Timbalan Menteri di dalam kabinet Tun Mahathir pada tahun 90an.
    Beliau memberitahu Ibrahim Sani, tiga perkara penting bagaimana UMNO sangat berbakti kepada negara, dan mengapa Malaysia akan terus maju di bawah kerajaan baru.
    15 min
  • 197: AWANI Pahang : Dari tempat sampah ke tarikan pelancong
    Inovasi tidak seharusnya tertumpu kepada penggunaan teknologi terkini mahupun bergantung pada kelajuan jalur lebar. Ia juga membawa maksud mengubah sesuatu landskap menjadi lebih baik menggunakan kreativiti dan usaha yang luar biasa.
    Wartawan Astro AWANI, Adilla Azam menemubual Pengusaha Tanjung Inn Resort, Mohd Yusman Md Yusuf.
    6 min
  • 196: Tiba masanya pencarian MH370 dihentikan
    Sudah sampai masanya pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 dihentikan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
    Ini kerana pencarian sudah memakan masa lebih empat tahun merangkumi kawasan yang luas, namun sehingga kini tiada sebarang bukti yang menunjukkan pasukan penyiasat semakin dekat untuk menemui jawapan kepada misteri kehilangan pesawat itu.
    Bersama Dzulfitri Yusop dan Ashwad Ismail melihat semula perjalanan akhir pesawat Malaysia Airlines MH370.
    6 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.