AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 199: Bilakah berakhir kemelut politik Perlis?
    Datuk Seri Shahidan Kassim antara yang tersenarai dalam 11 calon Menteri Besar Perlis yang telah diserahkan kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Menurut Setiausaha Barisan Nasional Negeri Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin kesemua senarai itu akan dipertimbangkan oleh Raja Perlis.
    Penganalisis Politik, Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani mengulas lanjut.
    8 min
  • 202: Perkara 153 bukan sahaja untuk Melayu, tapi bukan Melayu juga!
    Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh hal-hal keistimewaan orang Melayu tidak boleh dilihat sebagai undang-undang yang memartabatkan hak orang Melayu sahaja.
    Pakar Undang- Undang dan Perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),  Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz Perkara 153 juga sebenarnya memberi kepentingan dan hak kepada kaum bukan Bumiputera.
    Berikut ulasan beliau.
    12 min
  • 190: Rakaman Penuh Sidang Media PM pasca Mesyuarat Kabinet 30 May 2018
    Berikut adalah rakaman sidang media penuh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diadakan sejurus selepas mesyuarat kabinet pada Rabu, 30 Mei 2018.
    Antara pengumuman yang dibuat ialah pengenalan semula sistem cukai jualan dan perkhidmatan pada 1 September 2018, pengekalan harga petrol RON 95 serta pemansuhan projek laluan MRT ketiga.
    10 min
  • 192: Pemimpin UMNO pinggir bahasa Melayu - Rais Yatim
    Dalam sambungan temubual bersama Tan Sri Rais Yatim ini, beliau meluahkan rasa terkilan atas tindakan beberapa pemimpin UMNO yang meminggirkan bahasa Melayu dalam perjuangan, sehingga budi dan identiti mereka terhakis. 
    Ini temuramah bersama Tan Sri Rais Yatim.
    11 min
  • 191: AWANI KL & Putrajaya: Apakah langkah seterusnya untuk BN?
    Astro AWANI telah menemuramah bekas calon Parlimen Bandar Tun Razak, Adnan Seman. Antara perkara yang dibangkitkan Adnan ialah penekanan yang diberikan oleh Barisan Nasional berkenaan isu-isu tempatan tidak dapat meraih sokongan majoriti rakyat yang lebih melihat isu-isu nasional seperti kos sara hidup.
    Selain itu beliau turut menyatakan isu defisit kepercayaan turut menghakis sokongan rakyat terhadap BN. Jadi apakah langkah seterusnya buat BN pada pandangan Adnan?
    7 min
  • 194: PH tak sangka dapat tawan Johor, Melaka & Negeri Sembilan - Mat Sabu
    Presiden Amanah, Mohamad Sabu tidak menyangka Pakatan Harapan mampu menawan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan daripada Barisan Nasional pada pilihan raya umum lalu.
    Menteri Pertahanan itu juga pada masa sama tidak terkejut PAS memperoleh kemenangan besar di Kelantan dan Terengganu.
    Berikut analisis pasca PRU14 oleh Muhammad Sabu.
    12 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.