AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 174: #TanyaHadiAwang Presiden PAS di AWANI pukul 2 petang ini
    Pasca PRU14, susulan permintaan dan pandangan di media sosial mahukan Astro AWANI melakukan temubual bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
    Adakah strategi Pas untuk menjadi 'kingmaker' seperti yang dilaungkan pada PRU14 lalu terlaksana atau tidak?. Apa yang dimaksudkan Pas sebagai 'kingmaker'?
    6 min
  • Personaliti Malaysia Memilih #4 : Yeo Bee Yin, dari estet ke Cambridge, dari ADUN ke Parlimen
    YB Yeo Bee Yin telah menjadi wakil rakyat pada usia 30 tahun, memenangi kerusi DUN Damansara Utama di Selangor pada PRU13\. Dan pada PRU14, beliau telah memenangi Parlimen Bakri di Johor. Tetapi sebelum berkecimpung dalam arena politik, beliau telah menuntut ilmu di Universiti Teknologi Petronas dan melanjutkan pelajaran Masters beliau di University of Cambridge. Siapakah YB Yeo ini?
    13 min
  • AWANI Soundbyte #171 : AWANI Kelantan - Figura politik Kelantan
    PRU14 yang lalu mencatatkan pelbagai catatan sejarah daripada calon yang paling muda sehinggalah ke keputusan penuhnya yang memecahkan penguasaan 60 tahun Barisan Nasional.
    PRU14 ini juga jadi gelanggang muka baharu politik tempatan, antara yang menarik perhatian adalah Nik Omar Nik Abdul Aziz. Meskipun tewas di DUN Chempaka, pengaruh Nik Omar sebenarnya membantu Pakatan Harapan di peringkat nasional.
    0:49 - Prof. Dr. Madya Mansor Mohd Noor, Penganalisis Politik, UKM
    3:31 - Nik Omar Nik Abdul Aziz, Calon Amanah Dun Chempaka
    7 min
  • AWANI Soundbyte #170 : AWANI Terengganu - Kenali Dr Shamsuri Mokhtar
    Selepas tsunami hijau yang meranapkan BN Terengganu pada PRU14 yang lalu, peralihan kuasa kepada kerajaan yang baru iaitu kerajaan Pas Terengganu berjalan lancar dan terdapat beberapa perkara yang mencuri tumpuan.
    Ia termasuklah pelantikan Menteri Besar yang baharu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Ru Rendang, Dr Shamsuri Mokhtar.
    6 min
  • AWANI Soundbyte #169 : AWANI Johor - PH Johor tunai janji hapus kuota KMK
    Menyedari keinginan warga Johor untuk memiliki kediaman sendiri, kerajaan negeri sebelum ini memperkenalkan Program Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).
    Tetapi RMMJ mempunyai Skim Kuota Menegak Kerajaan (KMK) yang memperuntukkan 20 peratus rumah mampu milik kepada Barisan Nasional negeri. Permohonan memerlukan surat sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri dari parti komponennya. Pasca 9 Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan menghapuskan skim KMK dalam permohonan rumah mampu milik negeri itu.
    Hakim Rahman ada laporannya.
    1:53 - Datuk Osman Sapian, Menteri Besar Johor
    3:29 - Mazlan Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan
    7 min
  • AWANI Soundbyte #168 : AWANI Perak - GST mansuh, ini kata peniaga
    Laungan pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), merupakan janji utama Pakatan Harapan sebaik sahaja menerajui tampuk pentadbiran negara.
    Ipoh, Perak yang semakin pesat membangun dilihat sebagai prospek yang luas untuk mengembangkan perniagaan. Susulan kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 lalu, Wartawan Astro AWANI, Asyraf Hasnan meninjau pandangan pelbagai lapisan masyarakat di Ipoh.
    7 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.