AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • AWANI Soundbyte #160: Krisis MB Perlis - Akhirnya Pengerusi BN Perlis merayu kepada Tun M
    Pengerusi Barisan Nasional Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim merayu kepada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad agar tatacara perlantikan Menteri Besar disemak semula. 
     Kenyataan itu dibuat beliau selepas Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail melantik Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar, lantas menolak calon Menteri Besar yang dinamakan Barisan Nasional Perlis. 
    Berikut sidang media penuh Datuk Seri Shahidan Kassim.
    20 min
  • AWANI Soundbyte #164: Fahami kedudukan hutang Kerajaan dalam bahasa yang mudah!
    Bagaimanakah boleh wujud perbezaan kiraan hutang yang dibuat oleh pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Pakatan Harapan?
    Benarkah kerajaan terdahulu mengunakan dana dari Khazanah Nasional untuk langsaikan hutang 1MDB? Bukankah 'pelan rasionalisasi' 1MDB sudah menunjukkan kejayaan ketika BN memerintah dahulu? 
    Ibrahim Sani cuba menjelaskan masalah hutang negara dalam bahasa yang mudah!
    9 min
  • AWANI Soundbyte #150 : Ahli kabinet yang memilih berdiam diri adalah pengecut - Syed Saddiq
    Sedutan diskusi rancangan 100 Hari Malaysia Baharu dihoskan Kamarul Bahrin Haron dan Nazri Kahar bersama tetamu jemputan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
    Syed Saddiq mengecam tindakan ahli-ahli kabinet sebelum ini yang dilihat memilih jalah mudah, seperti berdiam diri daripada untuk menyatakan kebenaran.
    Nurul Izzah pula mengimbas kembali detik perjuangan pada 1998, yang menekankan agenda untuk melawan ketakutan. Beliau berkata insiden yang terjadi kepada SPRM tidak wajar sama sekali diulangi dalam Malaysia Baharu.
    7 min
  • AWANI Soundbyte #151 : Ini bakal berlaku jika BN masih memerintah!
    Datuk Akhbar Satar, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) memberi reaksi sekiranya kerajaan masih tidak bertukar pasca PRU yang lepas dan turut mengulas berkenaan pendedahan yang dibuat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkenaan siasatan SRC International Sdn Bhd.
    9 min
  • AWANI Soundbyte #157 : AWANI Perak - Tragedi 2009 berulang, kini menimpa BN
    Tarikh 5 Februari 2009 diingati kerana berlakunya pertukaran kuasa dari kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat di Perak. Kerajaan Pakatan Rakyat hanya bertahan selama 11 bulan sahaja iaitu dari Mac 2008 hingga Februari 2009.
    Mandat diberikan semula kepada rakyat pada PRU yang lepas yang menyaksikan Pakatan Harapan berjaya menang majoriti kerusi yang dipertandingkan.
    Dengarakan laporan Asyraf Hasnan, Wartawan Astro AWANI.
    2:12 - Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Pengerusi BN Perak
    3:35 - Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, Ahli Dewan Negara Perak
    7 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.