
Sign up to save your podcasts
Or


Tadabbur ayat 110 surah Ali-Imran. Teguran tentang jangan tinggalkan urusan menyuruh kebaikan, menegah kemungkaran.
Tadabbur ayat 264 surah al-Baqarah. Teguran tentang jangan merosakkan sedekah dengan perbuatan mengungkit dan mencela orang yang dibantu.
Tadabbur ayat 214 surah al-Baqarah. Teguran tentang ujian itu suatu yang pasti, kerana ia adalah jalan ke syurga.
Tadabbur ayat 61 surah al-Baqarah. Teguran Allah berkenaan rasa tidak bersyukur.
Demi waktu fajar, yang penuh dengan keberkatan padanya. Usah menjadi seperti golongan 'Ad, Thamud dan Firaun. Penuh dengan kehebatan duniawi, tetapi tidak beriman. Ayuh kita samas-sama menelusuri surah ini.
Dunia sememangnya tempat ujian. Maka surah ini menerangkannya. Juga diterangkan bagaimana jalan hidup kita dibentang, tinggal lagi untuk memilihnya dengan baik. Justeru sangat penting untuk diteliti surah ini dengan baik.
Pernah tak kita dengar bahawa al-Quran turun dengan 2 cara? Apakah pula hikmahnya? Sama-sama kita bincang dan telusuri hikmahnya.
Surah al-Shams menampilkan sumpah Allah terhadap matahari, bulan, siang, malam dan jiwa manusia yang Allah berikan pilihan kepada mereka. Beberapa perkara yang penting untuk kita lihat agar tidak menjadi seperti Kaum Thamud yang berusaha untuk ingkar kepada arahan Allah dan Rasul. Semua itu, dibentangkan dalam surah yang hebat ini.
"Sebenarnya kita tidak boleh memahami al-Quran, ini hanya boleh difahami oleh orang yang tinggi ilmu"
"Sebenarnya kita boleh faham al-Quran, mudah sahaja, tak perlu ikut tafsir semua"
Sebenarnya bagaimana kaedah untuk memahami al-Quran? Sama-sama kita telusuri.
Kejadian malam dan siang adalah sebuah muhasabah yang sangat besar buat kita. Kerana ia tanda rahmat Allah dan nikmat yang perlu kita renungi. Semua itu untuk kebaikan kita. Sama-sama kita telusuri dalam surah al-Lail.
From the publisher's feed