
Sign up to save your podcasts
Or


Apakah maksud "al-Qadr"? Mengapakah ia digelarkan sebagai malam yang lebih baik dari 1000 bulan? Sama-sama kita telusuri dalam tadabbur surah al-Qadr.
Terkadang kita tidak berminat dengan al-Quran kerana kita tidak mengenali al-Quran dengan cara atau jalan yang betul, melihatkan ia tidak ada sisi yang mengena dengan kita. Maka, kita perlu mengembara mendalami makna al-Quran, bermula dengan namanya.
Dapatkan buku Al-Quran Untuk Kita di: https://www.imanshoppe.com/products/al-quran-untuk-kita-oleh-muzuza?_pos=2&_sid=65b5694ff&_ss=r
Orang-orang kafir dan musyrik sentiasa begitu, berolok-olok dengan diri sendiri, kononnya ingin menunggu keterangan dahulu barulah beriman. Tetapi apabila sudah nyata keterangan, tidak juga beriman. Semua itu disingkap dalam surah al-Bayyinah.
Apakah maksud goncangan? Mengapakah peristiwa ini sangat penting dan besar kepada kita semua? Sama-sama kita hayati dalam surah al-Zalzalah.
Mengapakah surah ini menampilkan "kuda perang" sebagai sumpah daripada Allah? Adakah boleh untuk kita mengumpulkan harta, mencari rezeki? Atau ada bentuk yang dibenarkan? Ayuh sama-sama untuk kita tadabbur surah ini.
Apabila semua amalan yang dilakukan di dunia mula ditimbang dan dihisab, maka inilah yang perlu kita hayati. Sama-sama kita mentadabbur surah al-Qari'ah.
Adakah salah jika kita ingin memperbanyakkan harta dan anak pinak? Siapakah orang yang dilalaikan? Semua ini dibincangkan dalam tadabbur surah al-Takathur.
Apakah erti masa? Mengapa masa dinamakan al-'Asr? Siapakah orang yang rugi? Insya Allah dibincangkan dalam tadabbur surah al-'Asr.
Apakah hikmah surah ini dimulakan dengan "celaka"? Siapakah orang yang menerima balasan buruk itu? Jemput untuk dengar perkongsian tadabbur surah al-Humazah.
"Siapakah tentera bergajah?" "Siapakah pula Abrahah?" "Kenapa dia ingin serang Ka'bah?" Insya Allah dibincang dalam tadabbur surah al-Fil.
From the publisher's feed