Selamat datang ke episod 21 Borak Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Abang Botak dan tetamu, Wan Khairil Azwa & Aiman Sekaiichi, membincangkan tentang kejayaan Bayer Leverkusen musim ini dibawah kendalian Xabi Alonso, serta faktor-faktor & peranan pemain-pemain utama yang menghadiahkan Piala Bundesliga pertama buat kelab tersebut selain misi mengejar 'Treble' musim ini. Selain itu, rumusan juga tentang peringkat suku akhir UEFA Champions League, UEFA Europa League & UEFA Conference League dan nasib kelab-kelab seperti Manchester City, Arsenal & Liverpool, selain ramalan untuk pusingan separuh akhir nanti.
Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-4 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802