Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]

Download on the App Store

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM] episodes

  • Reviu perlawanan hari 1 & 2 Liga Juara-Juara Eropah 2026/27 | Bola itu Life!

    Dalam episod terbaru Bola itu Life kita memulakan podcast ini dengan Ejen Peremang Faiz iaitu Real Betis yang mulakan aksi cemerlang di UCL dan LaLiga dibantu oleh penyerang barunya iaitu Troy Parrott. Kemudian Ejen Peremang Keesh yang mengetengahkan isu AI yang tak mampu bersaing dengan aksi Ben Shelton dan Carlos Alcaraz dalam kejohanan US Open 2026.


    Liga Juara-Juara Eropah 2026 disajikan dengan aksi-aksi menarik. Seperti persembahan Ayyoub Bouaddi yang cemerlang, mengingatkan kita pada Rodri ketika bersama Man City, aksi Barcelona menentang Feyenoord yang menang dengan jumlah gol yang besar, Inter Milan mempamerkan aksi yang cukup kemas walaupun menanggung kekalahan dengan Real Madrid, kemenangan pertama Andoni Iraola di Anfield, hatrik Ferran Torres di Parc Des Princes.


    Kehangatan EL KLASIKO Indonesia, antara Persija dan Persib pada hujung minggu ini.

    Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

    53 min
  • Kad Laporan: Jendela perpindahan 'Big Six' | Bola itu Life!

    Dalam episod terbaru Bola itu Life kita memulakan podcast ini dengan AS Roma yang memulakan musim dengan langkah kanan dibantu oleh kecemerlangan Donyell Malen dan Paulo Dybala. Anthony Gordon juga lagi satu nama yang perlu diberi perhatian kerana memulakan musim di kelab baru Barcelona dengan baik.


    Seterusnya kita akan berbincang mengenai kad laporan untuk jendela perpindahan 'Big Six' Liga Perdana Inggeris iaitu Arsenal, Liverpool, Man Utd, Man City, Chelsea dan Tottenham Hotspurs. Pasukan manakah yang berbelanja dengan berhemah dan pasukan manakah yang mempunyai pemain paling ramai keluar?


    Akhir sekali adalah pembukaan liga-liga bola sepak ASEAN bermula dengan beberapa kelab perlu diberi perhatian seperti Buriram, Kasuka FC & Persib Bandung didalam liga masing-masing.

    Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

    58 min
  • “TRUST THE PROCESS!” David Seaman & Bola Itu Life Bicara Projek Arsenal Arteta | Musim 6

    Adakah “Trust the Process” akhirnya mula membuahkan hasil untuk Arsenal?
    Dalam episod khas Bola Itu Life, legenda Arsenal David Seaman bersama Keesh dan Faiz mengupas perjalanan Arsenal di bawah kendalian Mikel Arteta, serta titik-titik penting yang memberi petanda bahawa projek The Gunners mencapai impian, menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
    Turut bersama, Nash, peminat tegar Arsenal yang terpilih untuk bertemu David Seaman dan berkongsi pandangan tentang harapan, cabaran serta peluang Arsenal untuk musim ini.
    Dalam episod ini:
    * “Trust the Process” — masihkah peminat Arsenal perlu percaya?
    * David Seaman tentang perkembangan Arsenal di bawah Arteta
    * Apakah titik penting yang menunjukkan projek Arteta semakin berjaya?
    * Mampukah Arsenal menjulang EPL sekali lagi?
    * Apa yang perlu Arsenal lakukan untuk mengambil langkah seterusnya?
    * Perspektif peminat Arsenal bersama Nash
    * Harapan dan jangkaan untuk musim ini

    Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

    51 min
  • BONUS! Previu Liga Perdana Inggeris 2026/2027 | Bola itu Life!

    Musim baharu kembali dengan pelbagai persoalan dan ramalan menarik! Dalam episod BONUS kali ini, kita mengupas tentang pembelian pemain paling 'UNDERRATED', siapa pengurus pertama yang bakal dipecat, serta jersi terbaik musim ini. Kita juga akan membincangkan pasukan yang paling dinanti-nantikan untuk ditonton dan siapa bintang muda B-23 yang berpotensi untuk menyerlah musim ini. Pendek kata, lima topik dan lima ramalan dari lima individu tetapi ramalan siapa yang betul-betul akan jadi kenyataan?

    Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

    31 min
  • Kehangatan Bola Sepak Liga Perdana Inggeris Kembali | Bola itu Life!

    Dalam episod terbaru Bola itu Life kita kupas perkembangan empat gergasi Premier League menjelang musim 2026/2027 bermula dengan Arsenal yang membuka tirai dengan trofi dan persoalan sama adakah mereka mampu mempertahankan takhta serta menakluk eropah. Seterusnya kita lihat hala tuju Chelsea dibawah kepimpinan Xabi Alonso dan perubahan yang akan berlaku dalam skuad The Blues. Sebelum beralih ke Liverpool yang memasuki era baharu bersama Andoni Iraola serta persoalan sama ada pertahanan mereka masih cukup ampuh. Tidak ketinggalan Manchester United dan Michael Carrick. Adakah beliau cukup dipercayai untuk terus memimpin The Red Devils.

    Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

    1 hr 2 min
  • Membina bola sepak Malaysia untuk generasi akan datang! | Bola itu Life

    Bola Itu Life minggu ini membawa anda menyelami tiga kisah yang sedang mencorakkan landskap bola sepak. Dari perang kuasa di Bernabéu antara Florentino Pérez dan Enrique Riquelme yang mencetuskan persoalan tentang masa depan Real Madrid, ke Bandung untuk menilai sama ada Bojan Hodak benar-benar layak digelar jurulatih terbaik Asia Tenggara. Di tanah air pula, kami mengupas hubungan istimewa antara bola sepak Malaysia dan komuniti, bagaimana sukan ini menyatukan rakyat, membina identiti, dan menjadi warisan yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang. Kerana pada akhirnya, bola sepak Malaysia bukan sekadar tentang apa yang berlaku hari ini, tetapi tentang apa yang akan kita tinggalkan untuk mereka yang akan datang.

    Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

    1 hr 4 min
  • Bagaimana Pep Guardiola Mengubah Bola Sepak Selamanya? | Bola itu Life

    Dari kisah luar biasa Como 1907 yang kini semakin hampir menjadi kuasa baru bola sepak Itali, kejatuhan tragis West Ham United yang akhirnya tersingkir dari Premier League, hinggalah penghormatan buat Pep Guardiola yang mengubah wajah bola sepak moden episod kali ini penuh dengan cerita tentang kebangkitan, kejatuhan dan warisan.


    Kami juga membedah pertembungan gergasi antara Arsenal dan PSG dalam aksi penentuan ke final Liga Juara-Juara Eropah, perlawanan yang bakal menentukan siapa benar-benar bersedia untuk berdiri di pentas terbesar bola sepak dunia.

    Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

    1 hr
  • Dari Mimpi Wenger ke Revolusi Arteta: Arsenal Kembali Ditabalkan Raja England

    Dari kemungkinan pentas terakhir Neymar bersama Brazil di Piala Dunia 2026, hingga Aston Villa yang akhirnya menawan Eropah selepas kebangkitan luar biasa di bawah Unai Emery — episod kali ini sarat dengan kisah tentang penantian, tekanan dan takdir. Arsenal pula akhirnya menutup luka 22 tahun tanpa kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila generasi baharu Mikel Arteta membawa semula takhta ke North London. Di Indonesia, Bandung sudah mula bersiap sedia untuk berpesta apabila Persib semakin hampir menjulang kejuaraan Liga 1, manakala di Asia Tenggara, Selangor bakal berdepan malam paling getir musim ini apabila mereka wajib menewaskan Buriram dalam misi hidup mati demi meneruskan perjuangan.

    Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

    55 min

About Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]

From the publisher's feed

Gandingan Bola Itu Life , Keesh Mat Stats & Faiz Gurun berbicara isu-isu yang merangkumi bola sepak dari pandangan sosio-politik , budaya dan pandangan berbeza.

More shows like Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]

Pagi Di Sinar - Radio Station [BM] by SINAR

Pagi Di Sinar - Radio Station [BM]

0 Listeners

Rotten Mango by Stephanie Soo

Rotten Mango

25,999 Listeners

The Rest Is Football by Goalhanger

The Rest Is Football

700 Listeners

Stick to Football by The Overlap

Stick to Football

386 Listeners

Borak Borak Botak  - SYOK Podcast [BM] by SYOK Podcast

Borak Borak Botak - SYOK Podcast [BM]

0 Listeners

BORAK KAYPOH S4! by Kaypoh

BORAK KAYPOH S4!

0 Listeners

Berbulu dengan Burn - SYOK Podcast [BM] by SYOK Podcast

Berbulu dengan Burn - SYOK Podcast [BM]

0 Listeners

Jugador by Jugador

Jugador

0 Listeners

Ultras Kuaci - SYOK Podcast [BM] by SYOK Podcast

Ultras Kuaci - SYOK Podcast [BM]

0 Listeners

The Malaysian Football Pod - SYOK Podcast [ENG] by SYOK Podcast

The Malaysian Football Pod - SYOK Podcast [ENG]

0 Listeners

Financial Faiz by Faiz Azmi

Financial Faiz

0 Listeners