Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
2 brader yang suka beri pendapat tentang bola sepak Malaysia secara bermaruah sambil makan kuaci di stadium. Nak sponsor atau kolaborasi? Emel [email protected] atau WhatsApp 012-2494632.... more
FAQs about Ultras Kuaci - SYOK Podcast [BM]:How many episodes does Ultras Kuaci - SYOK Podcast [BM] have?The podcast currently has 157 episodes available.
May 30, 2026Tutup Liga Malaysia Musim Ini Dengan HABUK | Ultras Kuaci S4EP13Hari Anugerah Bolasepak Ultras Kuaci (HABUK) kembali untuk menutup tirai Liga Malaysia 2025/26 dengan cara Ultras Kuaci. Dari dominasi berterusan Johor Darul Ta'zim yang sekali lagi menyapu bersih trofi domestik, kebangkitan Kuching City FC yang mencuri perhatian hingga ke final Piala Malaysia, hinggalah kepada pasukan yang gagal memenuhi expectation, Nizam dan Yob buat season review tanpa tapis tentang segala drama, kejutan, pemain, kelab, dan momen yang membentuk musim Liga Malaysia kali ini. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more35minPlay
May 21, 2026Ini Padang Kita: Dari Padang Kampung Ke Pembentukan Bakat Bola Sepak | Ultras Kuaci S4EP12Dalam episod kali ini, kami bersama wakil S2 FC, Zaquan Adha dan Zafran berbincang tentang bagaimana padang kampung menjadi titik mula pembentukan bakat bola sepak. Bukan sekadar melahirkan pemain, tetapi membentuk disiplin, karakter, dan semangat komuniti. Dari cabaran pembangunan akar umbi, peranan ibu bapa dan komuniti, hinggalah kepada kisah di sebalik penubuhan S2 FC serta makna “padang” dalam perjalanan bola sepak mereka. Episod ini turut mengupas kenapa pembangunan grassroots penting untuk masa depan bola sepak tempatan dan bagaimana inisiatif bersama Astro Malaysia boleh membantu membuka lebih banyak peluang kepada bakat muda Malaysia. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more35minPlay
May 20, 2026Kami Nak Final Piala Malaysia Yang Berkualiti | Ultras Kuaci S4EP11Episod kali ni, Ultras Kuaci bersama Nizam dan Yob kupas segala tentang final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim dan Kuching City FC. Adakah ini bakal jadi final yang sengit atau sekadar satu lagi dominasi JDT? Dengan Kuching City melangkah ke final pertama dalam sejarah kelab dan status underdog yang semakin mendapat perhatian, persoalan besar mula timbul, mampukah mereka beri saingan sebenar, dan ramai ke penyokong Kuching akan turun ke Bukit Jalil untuk cipta suasana final yang luar biasa? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more24minPlay
May 08, 2026Selangor Atau Kuching City Yang Akan Ke Asia? | Ultras Kuaci S4EP10Liga Malaysia kini semakin sampai ke penghujung musim, dan walaupun Johor Darul Ta'zim terus mendominasi liga, perebutan slot Asia masih terbuka luas, mampukah Selangor FC gunakan pengalaman dan tekanan penyokong untuk secure tempat, atau Kuching City FC akan terus cipta kejutan sebagai pasukan paling konsisten musim ini? Kita kupas persaingan ke Asia, pasukan yang sekadar bertahan di mid-table, persoalan relegation dalam Liga Malaysia, dan bagaimana penutup musim ini bakal memberi gambaran sebenar tentang hala tuju bola sepak tempatan. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more25minPlay
May 04, 2026Aiman Nak Final Piala Malaysia Sampai Penalti? | Ultras Kuaci S4EP9Final Piala Malaysia mempertemukan Johor Darul Ta'zim dan Kuching City FC dalam satu perlawanan yang sarat dengan cerita, dominasi bertemu perjuangan bersama Aiman Sekaichi. Episod ini mengupas kekuatan kedua-dua pasukan, tekanan di pentas final, serta bagaimana seni mengulas perlawanan besar dimainkan untuk memastikan penonton terus merasai debaran hingga wisel penamat. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more1h 2minPlay
April 09, 2026"JDT Di Landasan Terbaik Menuju Final Piala Malaysia" - Farizal Marlias | Ultras Kuaci S4EP8Sempena separuh akhir Piala Malaysia, kita bawakan tetamu istimewa, Farizal Marlias untuk kita bincangkan siapa pilihan yang bakal melangkah ke final nanti. Selain analisis perlawanan, Farizal turut berkongsi pengalaman beraksi di pentas akhir, termasuk detik memenangi Piala Malaysia dan tekanan sebenar yang dirasai sebagai pemain di perlawanan besar. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more51minPlay
April 02, 2026Apa Seterusnya Untuk Bola Sepak Malaysia? | Ultras Kuaci S4EP7Piala Asia dah terlepas, dan Harimau Malaya terus menerima tamparan hebat selepas kekalahan 3-1 kepada Vietnam, ditambah pula dengan potongan sehingga 6 mata akibat isu pemain naturalisasi tidak layak. Kemenangan-kemenangan penting sebelum ini dibatalkan, sekali gus menjejaskan peluang ke pentas Asia serta memberi kesan besar kepada ranking dan reputasi bola sepak negara. Jadi persoalannya, adakah 2026 akan jadi tahun Harimau Malaya terus tenggelam, atau ini sebenarnya titik kebangkitan semula? Dengan kejohanan seperti Piala AFF dan saingan ASEAN masih menanti, apakah masih ada ruang untuk bangkit dari mimpi ngeri ini? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more15minPlay
March 05, 2026Apa Cerita Result CAS Dan Siapa Akan Ke Asia? | Ultras Kuaci S4EP6Episod kali ni kita borak pasal penantian penuh seksa menunggu result CAS yang bakal menentukan hala tuju pasukan bola sepak kebangsaan kita dan juga perebutan slot Asia di liga dan juga Piala Malaysia yang semakin hari semaking sengit! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more24minPlay
January 28, 2026Mulakan 2026 Dengan Piala Malaysia! | Ultras Kuaci S4EP5Ultras Kuaci buka 2026 dengan Piala Malaysia. Hampir tercetus kejutan bila Perak mendahului aksi first leg, tapi KL bangkit di leg kedua dan melengkapkan comeback. Dalam episod ni, kita juga sentuh JDT yang ‘belasah’ PDRM serta Selangor yang kini masuk fasa baru dengan kehadiran Kim Pan-gon, apa makna semua ni untuk landskap bola sepak tempatan? Podcast ini dibawakan oleh U MOBILE. Juarakan famili dengan U Family One-Two-Eight! ⚽🔥 Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more30minPlay
December 26, 2025Memori Terbaik dan Terburuk Bola Sepak Malaysia 2025? | Ultras Kuaci S4EP42025 uji kesabaran penyokong bola sepak Malaysia. Ada detik yang hidupkan harapan dan nampak ada 'sinar', ada yang runtuhkan kepercayaan. Episod ini merangkum memori terbaik dan terburuk bola Malaysia 2025 secara jujur, emosional, dan dekat dengan suara Ultras Kuaci. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more26minPlay
FAQs about Ultras Kuaci - SYOK Podcast [BM]:How many episodes does Ultras Kuaci - SYOK Podcast [BM] have?The podcast currently has 157 episodes available.