
Sign up to save your podcasts
Or

![Cerita Hantu Seram - SYOK Podcast [BM]](https://podcast-api-images.s3.amazonaws.com/corona/show/6032425/logo_300x300.jpeg)
Selepas satu pengalaman misteri ketika pulang lewat malam, hidupnya mula berubah sedikit demi sedikit. Gangguan demi gangguan mula berlaku — emosi jadi tidak stabil, rumah tangga sering bergaduh, malah bertahun-tahun masih belum dikurniakan cahaya mata. Dia juga mula mengalami kejadian aneh yang sukar dijelaskan, seolah-olah ada sesuatu yang sentiasa mengikut dan memerhati dirinya. Adakah semuanya sekadar kebetulan… atau benar wujud “lembaga pengikut” yang dibawa pulang tanpa sedar?
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Di sebalik keindahan Sungai Lembing, seorang lelaki bermalam di surau lama - tenang pada mulanya, hingga bunyi langkah mula kedengaran di bumbung dan pintu terhempas sendiri, membuat semua orang pergi seorang demi seorang. Ketakutan memuncak bila dia ternampak seorang budak perempuan duduk diam di tempat belakang keretanya… dan sejak itu, bayangan serta bisikan tak pernah berhenti hingga membuat dia tertanya-tanya, adakah sesuatu mengikutinya, atau dia sebenarnya tidak pernah keluar dari Sungai Lembing?
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Malam di asrama selalunya bermula seperti biasa, prep, lampu dipadam, semua bersedia untuk tidur. Tapi dalam sekelip mata, suasana boleh berubah jadi tegang apabila salah seorang pelajar mula menjerit, meracau, dan bertindak di luar kawalan. Kejadian kerasukan seperti ini bukan lagi sesuatu yang asing di zaman persekolahan. Dari satu bilik ke satu blok, kisah-kisah begini terus jadi rutin seram yang masih diingati sampai sekarang.
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Di sebuah universiti di Alor Gajah, ada yang mula mengalami perkara di luar kebiasaan, nampak bayang yang orang lain tak nampak, rasa diperhati walaupun bersendirian. Dari situ, timbul kesedaran bahawa “mata batin” seolah-olah terbuka tanpa diminta. Apa yang pada awalnya dianggap perasaan semata, bertukar menjadi pengalaman yang sukar diabaikan. Bila hijab terbuka, bukan semua yang dilihat mampu diterima dengan tenang.
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Awal pagi di sekolah, suasana masih sunyi ketika bertugas sebagai pengawas. Di sebuah bilik terpencil, kelihatan sosok dari belakang, berambut panjang, berdiri diam seolah-olah sedang menunggu. Niat asal cuma untuk mengajak ke perhimpunan, tapi saat dia berpaling… segalanya berubah. Sejak kejadian itu, keadaan jadi tidak terkawal. Seolah-olah ada sesuatu yang ‘melekat’, dan gangguan tersebut mula berjangkit kepada beberapa pelajar lain. Kawasan sekolah yang biasa dilalui setiap hari rupanya menyimpan sesuatu yang sudah lama bertapak.
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Sebuah kafe dua tingkat mula jadi lain bila pekerja sering nampak kelibat budak kecil di tingkat atas, jelas di mata, tapi hilang bila dipandang semula. Lebih meremangkan, rakaman CCTV langsung tak menunjukkan apa-apa. Dalam masa yang sama, sistem nombor pelanggan tiba-tiba berfungsi sendiri, nombor muncul dan dipanggil tanpa sebab. Dari situ, suasana kerja berubah. Seolah-olah ada sesuatu yang ‘bergerak’ di antara dua alam, tanpa disedari.
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Bila lampu dipadam dan suasana mula sunyi, asrama yang siang hari penuh suara tiba-tiba berubah terasa lain. Bunyi langkah di koridor kosong, pintu yang terbuka sendiri, dan bisikan halus dari katil sebelah jadi antara pengalaman yang sukar dilupakan. Tempat yang sepatutnya jadi ruang berehat pelajar kadangkala menyimpan kisah lama yang masih ‘hidup’. Dari gangguan kecil hingga kejadian yang lebih berat, Asrama Puaka terus menjadi antara lokasi yang paling kerap dikaitkan dengan cerita seram.
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Tanah pusaka sering membawa bersama cerita lama yang tidak pernah didedahkan. Di sebalik sempadan tanah dan rumah yang diwarisi, tersimpan kisah tentang amalan susuk, perjanjian terdahulu, dan ‘penjaga’ yang masih setia berada di situ. Ada yang mula merasa kehadiran sebaik sahaja menjejakkan kaki, ada juga yang diganggu tanpa sebab yang jelas. Warisan itu bukan hanya pada nama dan hak milik… tetapi sesuatu yang telah lama bertapak dan terus menuntut perhatian.
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Wajahnya sama, suara pun tak beza, cara berjalan, cara bercakap, semuanya seperti orang yang dikenali. Tapi dalam diam, ada sesuatu yang terasa “lain”. Kisah ini berkait dengan saka entiti yang bukan sahaja mengikut, tetapi mampu menyerupai tuannya dengan begitu tepat. Dalam keadaan tertentu, ia muncul menggantikan, mengelirukan orang sekeliling tanpa disedari. Yang nampak seolah-olah benar… rupanya bukan dia.
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Waktu maghrib bukan sekadar peralihan siang ke malam, ada yang percaya itu waktu “mereka” mula muncul. Pengalaman mandi di sungai pada waktu ini bertukar aneh apabila air yang sepatutnya jernih terasa pekat, berlendir, seolah-olah hidup. Dikongsikan dari pengalaman orang tempatan negara seberang, saat berada dalam air, tiba-tiba terasa seperti ada sesuatu menarik dari bawah. Bukan ombak, bukan arus tapi sesuatu yang tidak dilihat dek mata kasar. Dari situ, segalanya berubah menjadi detik yang sukar dilupakan, seolah-olah sungai itu sendiri menyimpan ‘penghuni’ yang tidak suka diganggu.
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
From the publisher's feed

1 Listeners
![Raagavil Marma Desam - SYOK Podcast [TM] by SYOK Podcast](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fpodcast-api-images.s3.amazonaws.com%2Fcorona%2Fshow%2F937385%2Flogo_300x300.jpeg&w=640&q=75)
0 Listeners

26,018 Listeners

0 Listeners

0 Listeners

1,439 Listeners

0 Listeners

0 Listeners
![Cerita Rumah Hantu Ceria Popstar XTRA - SYOK Podcast [BM] by SYOK Podcast](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fpodcast-api-images.s3.amazonaws.com%2Fcorona%2Fshow%2F7049088%2Flogo_300x300.jpeg&w=640&q=75)
0 Listeners