
Sign up to save your podcasts
Or


Kisah ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Saritha yang telah mendaftar diri di sebuah aplikasi dating. Melalui aplikasi tersebut, dia berkenalan dengan seorang lelaki. Tanpa disedari, lelaki itu telah mengakses dan mengawal telefon bimbit Saritha menggunakan teknologi AI. Dia kemudian memindahkan wang daripada akaun Saritha ke akaunnya sendiri. Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut menyeksa Saritha secara mental dan emosi sehingga wanita itu mengambil keputusan untuk menamatkan nyawanya sendiri.
Penulis: Karthigesan Murugaya
Penyampai Rancangan: Tresa Lazaroo
Penerbit: Sakuntalah Narayanan
See omnystudio.com/listener for privacy information.
MOUNAM KALAIYUM UTHIRIGAL
Cerita ini mengisahkan tentang seorang anak dan bapanya yang cuba menyelamatkan diri dari banjir yang melanda secara tiba-tiba sehingga air naik ke tangga aras pertama rumah mereka. Dalam situasi mencemaskan itu, si anak mula memahami perwatakan sebenar bapanya dalam cara yang baik., dan menyedari bahawa selama ini dia telah salah faham terhadap bapanya.
Penulis: Dharisyan Rajah
Penyampai Rancangan: Theyvekgan Thamaraichelvan
Penerbit: Sakuntalah Narayanan
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Cerita ini mengisahkan seorang artis bernama Kumaresan yang telah berjaya menempatkan dirinya dalam industri nyanyian dengan bantuan stesen radio. Cerita ini ditulis khas sempena Hari Radio.
Penulis:TayaG
Penyampai:Mogan
Penerbit: Sakuntalah Narayanan
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Cerita ini mengisahkan tentang seorang peguam wanita yang berjaya dan bagaimana dia mengatasi pelbagai cabaran sebagai seorang ibu tunggal sebelum mencapai kejayaan dalam bidang guaman. Dia turut memberi nasihat kepada wanita yang terlibat dalam keganasan rumah tangga dan membantu mereka mengatasi masalah dengan bimbingannya. Cerita ini khas sempena Hari Wanita.
Penulis: Banusha Angappan
Penyampai Rancangan: Tresa Lazaroo
Penerbit: Sakuntalah Narayanan
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Cerita ini mengisahkan sepasang kekasih yang bertemu semula selepas berpisah semasa zaman persekolahan. Paarthiban menjelaskan keadaannya ketika mereka berpisah dengan Daanviya. Setelah mendengar penjelasannya, hati Daanviya berubah, dan mereka akhirnya bersatu semula.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
MAYUURAN
Cerita ini berkisah tentang menjaga kebersihan tempat ibadah. Mayuuran menegaskan kepentingan kebersihan kepada Seliyan, terutamanya pada musim perayaan seperti Thaipusam. Cerita ini ditulis khas sempena Hari Thaipusam.
Penulis: Eraniyan Murali Dasan
Penyampai Rancangan:Theyvekgan Thamaraichelvan
Penebit: Sakuntalah Narayanan
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Cerita ini memaparkan sambutan Tahun Baru Cina di sekolahnya serta bagaimana ayahnya melayan jiran yang membuang sampah di hadapan rumah mereka. Akhirnya, Alagi melayan jiran itu dengan baik, membuatkan ayahnya berasa bersalah kerana telah memarahi jiran tersebut.
Penulis: Ilampuuranan Kiraamani
Penyampai Rancangan:Suganya Sathasevam
Penerbit: Sakuntalah Narayanan
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Deva telah melaksanakan perkahwinan adik kawannya yang terlibat dalam kemalangan dan sedang koma. Cerita ini memberikan gambaran tentang persahabatan yang sejati.
Penulis: Suriya Subramaniam
Penyampai Rancangan:Theyvekgan
Penerbit Rancangan:Sakuntalah Narayanan
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Pasangan Veerakumar dan Sathiyambal adalah petani yang tekun menanam tebu di tanah mereka. Setiap tahun, mereka menjual hasil tebu mereka sempena perayaan Ponggal,yang menjadi peluang untuk mereka menyambut hasil usaha mereka. Cerita ini menggambarkan cara mereka merayakan perayaan tersebut bersama keluarga dengan penuh kegembiraan. Selain itu, cerita ini juga memberi pandangan tentang pertanian serta cabaran dan kepentingannya dalam kehidupan mereka.
Penulis: Thendral Murugayan
Penyampai Rancangan:Mogan
Penerbit:Sakuntalah Narayanan
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Kabilan telah bersatu semula dengan keluarganya pada Tahun Baharu 2025 selepas melarikan diri dari rumah sejak 20 tahun lalu. Cerita ini menggambarkan bagaimana dia berjaya dalam hidup dan perniagaannya. Cerita ini khas sempena Tahun Baharu 2025.
Penulis: Umadevi Veerasamy
Penyampai Rancangan:Mogan
Penerbit: Sakuntalah Narayanan
See omnystudio.com/listener for privacy information.
From the publisher's feed
சிறுகதை