சிறுகதை

சிறுகதை

By GAYATHRI KAILASAMTV & FilmFilm History
Download on the App Store

சிறுகதை episodes

  • Sirukathai(Cerpen)- Manasu Mattum Inikattum-26.10.2024

    Selvi telah dimasukkan ke hospital kerana penyakit buah pinggang. Dia tidak boleh membuat persiapan untuk sambutan Hari Deepavali. Dia meminta anak-anaknya membuat persiapan Deepavali dengan panduan daripadanya. Pada hari Deepavali, keluarga dan jiran-jiran Selvi membuat lawatan kejutan ke hospital. Selvi berasa gembira dan bangga dengan anak-anaknya kerana mereka telah dapat membuat persiapan untuk Deepavali walaupun ibunya tidak ada di sisi mereka. Cerita ini khas sempena Hari Deepavali.

    Penulis: Mathialagan Govinthasamy

    Penyampai Rancangan: Tresa

    Penerbit: Sakuntalah Narayanan

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    15 min
  • Sirukathai(Cerpen)-Indrai Ilakaathe - 19.10.2024

    Naren telah pulang ke rumah selepas 7 tahun di penjara. Dalam perjalanan, dia teringat kenangan manis dengan ibunya semasa perayaan Deepavali. Dia bertekad untuk berbuat baik kepada orang lain dan memberi nasihat kepada kawan-kawannya yang terlibat dalam kegiatan yang kurang baik.

    Penulis: Thulasidaasan

     Penyampai Rancangan: Mogan

    Penerbit: Sakuntalah Narayanan

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    13 min
  • Sirukathai(Cerpen)- Thiruppam- 12.10.2024

    Puzhagini mencapai matlamatnya untuk berjaya dalam larian 100m walaupun dia kehilangan kakinya dalam kemalangan. Moral cerita ini adalah jangan berputus asa dalam apa jua situasi.

    Penulis: Prasath Salvaraju

     Penyampai Rancangan: Tresa

    Penerbit: Sakuntalah Narayanan

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    16 min
  • Sirukathai(Cerpen)- Maariya Vithi - 05.10.2024

    Navin telah dibuang sekolah kerana terlibat dalam pergaduhan. Bapanya telah memasukkannya di sekolah asrama dengan harapan dia akan menjadi seorang yang baik dan berpelajaran, tetapi dia tidak berubah. Suatu hari, dia memukul seorang rakan sekolah, dan rakannya itu terpaksa dimasukkan ke hospital. Staf sekolah tersebut menunjukkan sebuah video kepadanya dan menerangkan betapa susahnya bapa dia bekerja untuk membesarkannya. Sejak itu, Navin telah berubah.

    Penulis: Sathiyamalar Paramasivan

    Penyampai Rancangan: Mogan

    Penerbit: Sakuntalah Narayanan

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    15 min
  • Sirukathai(Cerpen)-Natpu- 28.09.2024

    Aathiran telah membaca sebuah buku tentang kisah anjing bernama Ropin. Dalam cerita tersebut, Ropin mengalami kemalangan dan meninggal dunia serta-merta. Orang sekeliling telah mengebumikan Ropin tanpa pengetahuan tuan anjingnya. Roh anjing tersebut telah meminta bantuan seorang budak untuk berjumpa dengan pemiliknya. Akhirnya, Ropin berjaya bertemu dengan pemiliknya dan telah bersemadi dengan tenang.

    Penulis: Eraniyan Muralidasan

    Penyampai Rancangan: Theyvekgan

    Penerbit: Sakuntalah Narayanan

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    17 min
  • Sirukathai(Cerpen)- Uruthunai- 21.09.2024

    Venmathi berdepan dengan tekanan sosial mengenai keinginan untuk mendapatkan anak selepas berkahwin selama tujuh tahun. Selepas beberapa rawatan, dia akhirnya hamil tetapi mengalami keguguran selepas beberapa bulan. Dalam suasana tekanan, suaminya Mathivanan menegaskan bahawa hubungan mereka tidak hanya bergantung kepada anak. Ketika mereka mencari cara untuk mengatasi cabaran ini, Mathivanan dan ibunya menunjukkan sokongan serta memberi harapan baru kepada Venmathi.

    Penulis: Haahshini Amirthalingam

    Penyampai Rancangan: Suganya Sathasevam

    Penerbit: Sakuntalah Narayanan

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    14 min
  • Sirukathai(Cerpen)- Endrendrum- 14.09.2024

    Kisah ini tentang seorang murid bernama Mathi yang kehilangan ibunya semasa masih belajar. Guru Mathi, yang bernama Shanmugam, telah menanggung pembelajaran Mathi sehingga ke universiti. Dalam satu kemalangan, Guru Shanmugam telah kehilangan ingatannya. Sejak itu, Mathi sering mengunjungi gurunya sebagai tanda berterima kasih.

    Penulis: Anuysiya Murugaiyah

    Penyampai Rancangan: Theyvekgan Thamaraichelvan

    Penerbit: Sakuntalah Narayanan

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    16 min
  • Sirukathai(Cerpen)- Appa- 07.09.2024

    Anbu telah mengimbas kembali kenangan bersama bapanya sebelum bapanya meninggal dunia. Dia berasa sakit hati kerana tidak menjaga bapanya dengan baik pada detik-detik akhir. Akhirnya, dia telah memenuhi kehendak bapanya dengan menerima surat tawaran dari universiti luar negara.

    Penulis: Banusha Angappan

    Penyampai: Tresa Lazaroo

    Penerbit: Sakuntalah Narayanan

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    19 min
  • Sirukathai(Cerpen)- Vasantham Malaruma? - 10.08.2024

    Vasantham Malaruma?

    Aravinthan membawa anaknya Iniyaal ke Sekolah untuk berdaftar Darjah 1. Aravinthan terjumpa bekas teman wanita bernama Vinthini di sekolah. Vinthini mendapat tahu isteri Aravintha telah meninggal dunia dalam kemalangan. Vinthini ingin untuk berkahwin dengan Aravinthan demi masa depan Iniyaal.

    Penulis: Vikneswari Maniam

    Penyampai Rancangan: Theyvekgan Thamaraichelven

    Penerbit: Sakuntalah Narayanan

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    18 min

About சிறுகதை

From the publisher's feed

சிறுகதை